Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bas sekolah percuma ringankan beban rakyat
  • TEMPATAN

Bas sekolah percuma ringankan beban rakyat

Utusan Sarawak 5 years ago
BAS SEKOLAH… Jamaluddin Mustafa menunjukkan bas sekolah percuma yang digunakan untuk mengambil pelajar sekolah.

KUCHING: Perkhidmatan bas sekolah percuma Kerajaan Sarawak membantu mensejahtera dan meringankan beban rakyat, khususnya yang berpendapatan rendah.

Seorang pemandu bas sekolah percuma, Jamaluddin Mustafa, 33, berkata, perkhidmatan bas sekolah percuma itu sangat bagus.

“Ia dapat membantu mengurangkan kesesakan seperti ketika pergi ke kawasan bandar dan jalan raya tidak mengalami kesesakan. Selain itu, ia juga membantu meringankan beban keluarga yang berpendapatan rendah,” katanya.

Menurutnya, sambutan bas sekolah percuma itu sangat baik dan banyak pelajar yang menggunakan bas sekolah percuma terbabit dan ada yang menggunakannya untuk tiga kali perjalanan.

Jamaluddin menzahirkan rasa gembira atas sikap prihatin kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat terutama kepada kumpulan B40 dan golongan berpendapatan rendah.

Sementara itu, bagi seorang pelajar, Pricella Jaine, 14, berkata, pekhidmatan bas sekolah percuma itu sangat membantu dalam menjimatkan duit untuk perbelanjaan keluarga.

“Selain itu, ia juga membantu keluarga yang berpendapatan rendah sebab mungkin mereka tidak mampu untuk membayar yuran perkhidmatan bas sekolah,” katanya.

Pricella memberitahu, beliau gembira sebab perkhidmatan bas percuma itu boleh membantu keluarga yang berpendapatan rendah dalam mendapat pekhidmatan bas untuk pergi ke sekolah.

Manakala bagi rakannya, Nursyafifie Nadhirah, 14, berkata pekhidmatan bas sekolah percuma itu boleh membantu orang yang susah dan tidak mampu untuk pulang ke rumah menggunakan bas awam.

Nursyafifie memberitahu, beliau berasa bersyukur sebab kerajaan prihatin dalam membantu rakyat yang memerlukan bantuan.

Oleh Cheryl Law

Continue Reading

Previous: EPU ketuai Pasukan Petugas Khas Pemantauan Projek Negeri
Next: CoE Openlab: Capai Strategi Ekonomi Digital

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.