Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Barangan seludup, kenderaan dirampas
  • TEMPATAN

Barangan seludup, kenderaan dirampas

Utusan Sarawak 5 years ago
ANTARA barangan seludup yang berjaya dirampas dalam dua kes berasingan pada Rabu lalu.

KUCHING: Polis Marin Sarawak berjaya memberkas dua lelaki dan merampas barangan seludup dan kenderaan bernilai RM233,336.24 dalam dua kes berasingan pada Rabu lalu.

Komander Wilayah 5 Sarawak, ACP Shamsol Kassim dalam satu kenyataan berkata, satu pasukan Polis Marin telah memberkas seorang lelaki di dalam Ops Banteng (Landai) di Lorong Datuk Tawi Sli 4, Batu 3½ Jalan Penrissen.

“Polis Marin memeriksa sebuah kereta Isuzu dan menjumpai pelbagai jenis kotak rokok putih dan kretek tanpa label cukai kastam dipercayai diseludup di bawah kesalahan Akta Kastam 1967 dengan nilai rampasan termasuk kereta Isuzu adalah RM109,040,” ujarnya.

Dalam kes kedua, Shamsol berkata, seorang lelaki diberkas bersama rampasan pelbagai jenis kotak rokok putih dan kretek berdekatan dengan kes pertama.

Tambah beliau lagi, turut dirampas ialah sebuah kereta Toyota Alphard dengan jumlah nilai rampasan adalah RM124,296.24.

Kedua-dua lelaki ditahan di Balai Polis Sentosa untuk siasatan lanjut.

Continue Reading

Previous: Chee Kadir pantau kehadiran pelajar
Next: Rh Buddy sokong Dr. Penguang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.