Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Bapa tiri ditahan atas kes amang seksual terhadap anak tiri di Roban
  • JENAYAH

Bapa tiri ditahan atas kes amang seksual terhadap anak tiri di Roban

Utusan Sarawak 5 hours ago
 SEORANG lelaki warga Indonesia berusia 55 tahun ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kes amang seksual dan komunikasi seksual terhadap anak tirinya berusia 16 tahun. Foto: IPD Saratok

SARATOK: Seorang lelaki warga Indonesia berusia 55 tahun ditahan polis berhubung kes amang seksual dan komunikasi seksual terhadap anak tirinya yang berumur 16 tahun di Roban.

Menurut Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata suspek yang beralamat di Indonesia itu ditangkap selepas siasatan mendapati terdapat beberapa insiden gangguan seksual ke atas mangsa.

“Pada 12 Oktober lalu, suspek telah memasuki bilik tidur mangsa dan cuba mencium mangsa, namun cubaan itu gagal kerana mangsa menepisnya.

“Pada 19 Oktober pula, suspek sekali lagi cuba memeluk mangsa secara paksa tetapi mangsa berjaya melepaskan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa yang merupakan pelajar Tingkatan Empat dilaporkan telah menghubungi bapa kandungnya pada 13 November lalu dan disyorkan untuk membuat laporan polis.

Siasatan lanjut ke atas telefon bimbit mangsa menemui komunikasi mesej suara bersifat seksual yang dihantar oleh suspek melalui aplikasi WhatsApp.

Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Saratok dan permohonan reman dijangka dibuat pada hari ini.

Rampasan yang dibuat termasuk satu unit telefon bimbit jenama Infinix X6531B dan satu unit telefon bimbit jenama iPhone 13.

Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) dan Seksyen 11(1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Mathew menegaskan pihak polis akan meneruskan siasatan secara menyeluruh bagi memastikan keadilan terhadap mangsa dapat ditegakkan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Tujuh lelaki ditahan, sembilan saman dikeluarkan dalam Op Tapis Khas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.