Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Banyak peluang sektor kimia
  • BISNES

Banyak peluang sektor kimia

Utusan Sarawak 5 years ago
BAHAN kimia khusus memberikan pelbagai kesan kimia kepada produk siap untuk meningkatkan prestasi dan fungsinya.

KUALA LUMPUR: Syarikat bahan kimia khusus digalakkan untuk mengambil peluang dengan meneroka potensi memanfaatkan Malaysia sebagai pintu masuk mereka ke pasaran Asia Pasifik.

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkata, bahan kimia khusus memberikan pelbagai kesan kimia kepada produk siap untuk meningkatkan prestasi dan fungsinya.

Bahan kimia khusus adalah berasaskan organik dan digunakan secara meluas dalam produk pengguna.

Syarikat boleh membina ekosistem dan rantaian bekalan tempatan Malaysia yang menyeluruh serta lokasi strategik sebagai destinasi pelaburan serantau pilihan mereka, menurut MIDA.

“Asia Pasifik dijangka kekal sebagai pasaran terbesar untuk bahan kimia khusus dari segi kuantiti berikutan permintaan dari negara-negara perindustrian yang mampan dan berkembang pesat seperti India, China, Jepun, Korea Selatan dan Taiwan.

“Pertumbuhan ini didorong oleh industri pengguna akhir seperti bahan tambahan makanan, bahan kimia kosmetik serta pulpa dan kertas,” katanya dalam Buletin Jun yang dikeluarkan di sini.

MIDA berkata, pasaran untuk bahan kimia khusus menjadi antara segmen utama industri kimia di peringkat global.

Dari 2019 hingga 2026, pasaran global untuk bahan kimia khusus dijangka berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) sebanyak 5.2 peratus, mencecah AS$316.4 bilion (AS$1=RM4.26).

Sehubungan itu, Malaysia merancang untuk menceburi subsegmen baharu dalam segmen bahan kimia khusus, katanya, sambil menambah kerajaan akan terus menyokong dan mengukuhkan segmen ini.

MIDA juga berkata, penggiat industri telah mula meneroka kemungkinan untuk menghasilkan produk bahan kimia khusus secara langsung daripada minyak mentah menggunakan teknologi Minyak Mentah kepada Bahan Kimia (COTC).

Katanya, produk bukan bahan api seperti pemangkin, aromatik, nafta, lilin dan minyak putih menawarkan potensi pasaran yang besar untuk diteroka.

Produk ini boleh digunakan sebagai bahan tambahan untuk pelbagai industri seperti makanan dan minuman, pembinaan dan automotif.

Sementara itu, MIDA menggalakkan pengeluar bahan kimia khusus untuk melaksanakan pendigitalan dan terus mencari teknologi baharu yang inovatif untuk meningkatkan kualiti produk mereka, mengoptimumkan rantaian nilai mereka dan menyesuaikan dengan keperluan pasaran.

Data menunjukkan subsektor produk kimia dan bahan kimia antara penyumbang terbesar kepada pelaburan dalam sektor pembuatan di Malaysia.

Pada 2019 sahaja, subsektor itu berada di kedudukan kelima dari segi pelaburan yang diluluskan dalam sektor pembuatan, merangkumi RM4.8 bilion atau 11.7 peratus daripada jumlah pelaburan yang diluluskan dalam sektor itu. – Bernama

Continue Reading

Previous: InvestKL, CCB lancar platform sehenti B2B global
Next: STATOS terima pesanan makanan bernilai RM310,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.