Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bantuan Wang Ehsan dicadang diperluas, diubah syarat
  • Tengah
  • WILAYAH

Bantuan Wang Ehsan dicadang diperluas, diubah syarat

Utusan Sarawak 1 month ago
BERTEMU RAKYAT… Dato Sri Alexander Nanta Linggi ketika melawat mangsa banjir di Rumah Gawan dan Rumah Juin, Tatai Sempaong, Baleh Kapit.

KAPIT: Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi akan mencadangkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) agar memperluaskan atau mengubah syarat Bantuan Wang Eshan yang diberikan kepada mangsa banjir.

Katanya, ketika ini bantuan yang diberikan oleh NADMA sebanyak RM1,000 hanya diberikan kepada mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) sahaja.

Menurut beliau, selain bantuan barang makanan kering yang diterima oleh mangsa banjir, banyak aduan yang diterima mangsa banjir tentang bantuan RM1,000 setiap keluarga. 

“Bagi yang tidak berpindah ke pusat pemindahan, saya dimaklumkan mereka tidak layak terima bantuan RM1,000.

“Kebanyakan penduduk di kawasan terjejas di Kapit bukanlah tidak mahu berpindah, namun pengangkutan untuk memindahkan mereka tidak ada dan saya difahamkan ada juga yang takut meninggalkan harta benda.

“Sekiranya mereka tidak layak menerima RM1,000, bantuan RM500 pun amat membantu meringankan beban mereka yang turut mengalami kerosakan harta benda,” katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Kapit itu melawat beberapa rumah panjang yang terjejas akibat banjir.

“Saya berkesempatan menemui mangsa banjir di Rumah Gawan dan Rumah Juin, Tatai Sempaong, Baleh Kapit yang dinaiki air hingga lebih satu meter pada 21 hingga 23 Mac lalu. 

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Wanita disaran manfaat kreativiti bagi tingkat taraf ekonomi
Next: RM2.2 juta pasang 363 lampu solar di Saratok, Kabong, Roban

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.