Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bantuan Sejahtera MADANI RM20,000 disalur kepada 40 KIR Sri Aman dan Pantu
  • Selatan
  • WILAYAH

Bantuan Sejahtera MADANI RM20,000 disalur kepada 40 KIR Sri Aman dan Pantu

Utusan Sarawak 3 hours ago
DATO Sri Doris Sophia Brodie pada Program Penyerahan Bantuan Sejahtera MADANI anjuran Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak, Sri Aman di sebuah pasar raya hari ini. Foto: Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak, Sri Aman

SIMANGGANG: Program Penyerahan Bantuan Inisiatif Kesejahteraan Rakyat Malaysia MADANI (Sejahtera MADANI) Skop Kebajikan Tahun 2026 membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan golongan memerlukan terus dibela dan tidak tercicir daripada arus pembangunan negara.

Ahli Parlimen Sri Aman, Dato’ Sri Doris Sophia Brodie berkata, pelaksanaan program itu selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI yang diterajui oleh Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim dalam usaha membantu rakyat keluar daripada kepompong kemiskinan melalui pendekatan menyeluruh dan berfokus.

Menurut beliau, bantuan Baucar Tunai bernilai RM500 dengan jumlah keseluruhan RM20,000 diagihkan kepada penerima dari Daerah Sri Aman seramai 20 Ketua Isi Rumah (KIR) dan Daerah Pantu seramai 20 Ketua Isi Rumah (KIR) yang dilaksanakan di Daerah Sri Aman tahun ini.

Katanya, serahan bantuan tersebut melibatkan penerima dalam kalangan KIR berstatus miskin dan berdaftar dalam sistem eKasih sebagai langkah memastikan bantuan disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Program Penyerahan Bantuan Sejahtera MADANI anjuran Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak, Sri Aman di sebuah pasar raya di sini hari ini.

Tambah beliau, sumbangan itu memperlihatkan keprihatinan kerajaan dalam menjayakan aspirasi Sejahtera MADANI di samping meringankan beban penerima serta memupuk semangat perpaduan dan keprihatinan dalam kalangan masyarakat.

DATO Sri Doris Sophia Brodie merakamkan kenangan bersama dengan Ketua Isi Rumah (KIR) yang berkelayakan menerima inisiatif Bantuan Sejahtera MADANI.
Foto: Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak, Sri Aman

“Hasrat utama kerajaan dalam menyalurkan bantuan kepada golongan berkelayakan adalah untuk membina keupayaan penerima agar mampu berdikari dalam jangka masa panjang. 

“Dari konteks kebajikan pula, kita berharap bantuan ini dapat menjadi pemangkin kepada para KIR untuk terus berusaha meningkatkan pendapatan keluarga,” katanya.

Doris turut menegaskan bahawa agenda membasmi kemiskinan merupakan tanggungjawab bersama melibatkan kerajaan, agensi pelaksana dan rakyat sebagai penerima bantuan agar segala peluang yang disediakan dimanfaatkan sepenuhnya demi mengubah kehidupan ke arah lebih baik.

Menurut beliau lagi, sehingga Mei 2026, statistik menunjukkan seramai 1,374 individu dalam kategori miskin di Bahagian Sri Aman memerlukan perhatian dan sokongan berterusan, melibatkan 447 individu di Daerah Sri Aman, 154 individu di Daerah Pantu, 239 individu di Daerah Lingga dan 534 individu di Daerah Lubok Antu.

Doris turut merakamkan penghargaan kepada Pejabat Daerah serta agensi-agensi pemberi bantuan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat yang bersama-sama menjayakan usaha kesejahteraan rakyat ke arah mensifarkan miskin tegar di kawasan berkenaan.

Turut hadir Pegawai Pembangunan Zon Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak (Sri Aman) Radiah Muhamad, Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman Sharifah Mordiah Syed Ali serta wakil agensi kerajaan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Vesel tunda, tongkang ditahan Maritim
Next: Naik taraf rumah pengkebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.