Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bantuan pelbagai pihak ringankan beban mangsa kebakaran Kampung Assyakirin
  • Utara
  • WILAYAH

Bantuan pelbagai pihak ringankan beban mangsa kebakaran Kampung Assyakirin

Utusan Sarawak 14 hours ago
ISKANDAR Turkee menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran Kampung Assyakirin ketika menziarahi keluarga berkenaan di kediaman saudara mereka di Bintulu.

BINTULU: Bantuan segera daripada pelbagai pihak terus disalurkan kepada keluarga yang terjejas dalam kebakaran di Kampung Assyakirin bagi membantu meringankan beban mereka, selain mempercepatkan proses pemulihan pasca kejadian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, pihaknya akan menyelaras usaha bersama Pejabat Daerah Bintulu bagi memudahkan urusan mendapatkan bantuan untuk membina semula rumah yang musnah dalam kebakaran itu.

PIHAK LAKIB turut menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran Kampung Assyakirin dalam satu lawatan kebajikan di Bintulu.

“Kita juga akan cuba memudahkan segala urusan dengan berhubung dengan pihak Pejabat Daerah supaya mangsa dapat dibantu untuk memulih atau membina semula rumah yang terbakar,” katanya ketika ditemui semasa menziarahi mangsa sekelurga di kediaman saudara mereka di sini, hari ini.

Menurutnya, selain sumbangan kewangan daripada Pusat Khidmat ADUN Jepak dan Lembaga Amanah Kebajikan Islam Bintulu (LAKIB), keluarga berkenaan turut menerima bantuan barangan keperluan harian.

WAKIL Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Tanjong Batu menyerahkan bantuan kepada mangsa kebakaran Kampung Assyakirin bagi meringankan beban keluarga yang terjejas dalam kejadian itu di Bintulu.

Tambah beliau, perhatian khusus turut diberikan kepada dua cucu mangsa yang merupakan orang kurang upaya (OKU), termasuk seorang yang terlantar, menerusi penyediaan tilam khas serta keperluan asas bagi membantu mengurangkan beban penjagaan keluarga.

Sementara itu, Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Bintulu, Azman Abdul Rahman berkata, bantuan awal berjumlah RM2,000 telah disalurkan kepada keluarga terbabit.

“Saya menasihatkan mangsa agar melengkapkan laporan polis serta dokumen berkaitan bagi membolehkan permohonan bantuan kerajaan negeri diproses melalui Pejabat Daerah,” ujarnya.

Dalam kejadian sekitar 6.40 petang Jumaat, sebuah rumah dua tingkat di Jalan Orkid, Kampung Assyakirin musnah dijilat api, menyebabkan sebuah keluarga kehilangan tempat tinggal. 

Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden malang itu.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Tradisi turun-temurun terus dipelihara demi generasi akan datang
Next: Lima motosikal disita, 17 saman dikeluarkan dalam Ops Motosikal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.