Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bantuan makanan legakan warga Tatau
  • TEMPATAN

Bantuan makanan legakan warga Tatau

Utusan Sarawak 5 years ago

TATAU: Penduduk Kampung Dagang Tatau berterima kasih kerana menerima bantuan makanan yang dianggap dapat meringankan beban penduduk sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu.

Ketua Kampung (KK) Satem Ghapar berkata, dengan adanya bantuan tersebut bukan sahaja membantu mereka malah telah menunjukkan keprihatinan kerajaan dan wakil rakyat di kawasan terbabit.

“Kita bersyukur kerana menerima bantuan khususnya disalurkan menerusi kerjasama pihak wakil rakyat dan pihak Pejabat Daerah Tatau bersama agensi lain yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu upacara ringkas penyerahan bantuan bencana menghadapi PKP bagi mengekang penularan wabak Covid-19, semalam

Bantuan tersebut telah diagihkan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) di kampung terbabit dengan melibatkan seramai 151 penerima.

Dalam pada itu, bagi mengelak penduduk bersesak-sesak dan mematuhi penjarakkan sosial, bantuan telah diagihkan mengikut masa dan berperingkat-peringkat.

“Kami penduduk kampung amat memahami penat lelah para petugas yang terpaksa turun padang menyalurkan bantuan ketika ini oleh itu kita berterima kasih kepada mereka,” katanya.

Sumbang berkenaan turut diserahkan oleh Setiausaha Sulit kepada ADUN Kakus iaitu Thomas Angkuh dengan kerjasama pihak Pejabat Daerah Tatau.

Continue Reading

Previous: Penduduk ambil langkah berjaga kemasukan orang luar
Next: Kerajaan bantu komuniti perniagaan PKS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.