Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bantu persiap lepasan SPM, STPM rancang laluan kerjaya
  • Tengah
  • WILAYAH

Bantu persiap lepasan SPM, STPM rancang laluan kerjaya

Utusan Sarawak 2 months ago
DR. Alpha Ngadan dan Spancer Biondy Raymond Ramba.

SIBU: Ekspo Pemerkasaan Belia Pribumi Miri 2025 akan berlangsung bermula 8.30 pagi hingga 6.30 petang di Stadium Bandaraya Miri pada 12 April ini.

Ekspo tersebut adalah inisiatif Persatuan Intelektual Pribumi Sarawak (Perantis) dengan Kerjasama Jabatan Kemahiran Wilayah Sarawak (JPKWS) dan Pusat Khidmat Parlimen Miri untuk mempersiapkan kumpulan sasaran, iaitu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) menentukan hala tuju mereka.

Pengerusi Perantis, Spancer Biondy Raymond Ramba dan Pengerusi Ekspo Pemerkasaan Belia Pribumi Miri 2025, Dr. Alpha Ngadan dalam kenyataan bersama memberitahu ekspo itu turut disertai oleh Yahos School of Skills, Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Mara Sarawak (UiTM) Curtin Universiti Malaysia, Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Swinburne Universiti.

“Selain itu, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sarawak, Kolej Vokasional Miri, Institut Pertanian Sarawak (IPS), Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Sarawak (JPKWS), Institut Kemahiran MARA (IKM) Bintulu, ADTEC Bintulu, Institut Latihan Perindustrian Miri ILP, Institut Teknologi Riam, PPKS Miri, PTPTN Sarawak dan MyFutureJobs (Perkeso) IG Training Centre,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah bahawa setiap laluan memberi fleksibiliti berdasarkan keperluan, minat dan keupayaan pelajar untuk mencapai matlamat pendidikan atau kerjaya mereka.

“Ekspo ini direka khas bagi memberi ruang dan peluang kepada pelajar di bandar serta luar bandar mendapatkan akses pendidikan, peluang-peluang pendidikan, latihan dan bantuan pendidikan kepada para belia dan pelajar di seluruh Sarawak, terutama kepada lepasan SPM dan STPM,” kata kenyataan itu.

Selain itu, strategi ekspo itu penting dalam persediaan terhadap perubahan pendidikan dan tuntutan kerjaya yang sering mengutamakan keseimbangan dalam kedua-dua perkara tersebut.

“Kita percaya perancangan kerjaya dapat dilakukan dengan mudah seandainya graduan mendapat panduan yang betul mengenai perancangan kerjaya mereka pada masa depan. 

“Semakin banyak maklumat yang diperolehi oleh seseorang berkaitan kerjaya yang dipilih, maka ia akan menjadikan perancangan kerjaya mereka lebih baik,” kata kenyataan itu lagi.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Fasa pertama pembinaan Gereja Katolik Roh Kudus Permyjaya guna Dana UNIFOR RM2.2 juta
Next: Surau Darul Muafiqin Taman Seroja Indah akan terus dinaik taraf

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.