Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • BANK BERGERAK KE DESA
  • TEMPATAN

BANK BERGERAK KE DESA

Utusan Sarawak 4 years ago
PELANCARAN… Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg melancarkan Perkhidmatan Bank Bergerak ke Kawasan Luar Bandar Sarawak di pekarangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama, semalam.• Foto PENERANGAN

KUCHING: Masyarakat luar bandar dapat menikmati perkhidmatan perbankan di kawasan masing-masing tanpa perlu pergi ke pusat-pusat bandar menerusi ‘Bank Bergerak’ selepas ini.

Majlis pelancaran ‘Perkhidmatan Bank Bergerak’ itu telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, semalam.

“Sekali lagi, saya membuktikan, apa yang saya janji dan umumkan telah dilaksanakan, bukan omong kosong,” katanya, pada sidang media selepas melancarkan ‘Perkhidmatan Bank Bergerak’ ke Kawasan Luar Bandar Sarawak di Pekarangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama, di sini semalam.

Tambahnya, Kerajaan Sarawak amat prihatin terhadap keperluan seluruh rakyat untuk mendapatkan akses kepada perkhidmatan perbankan.

“Hasrat kita adalah untuk mengembangkan perkhidmatan bank ke setiap pelosok Sarawak.

“Namun demikian, untuk membuka cawangan bank secara fizikal di lebih daripada 6,000 penempatan di Sarawak yang bertaburan adalah amat sukar.

“Selain daripada cabaran fizikal, kita juga menghadapi kekangan dari segi skala ekonomi untuk bank-bank menyampaikan perkhidmatannya secara komersil di setiap penempatan di seluruh Sarawak,” jelasnya.

Menyedari pentingnya perkhidmatan bank ini, ia telah mencetuskan idea beliau (Abang Johari) untuk mengusahakan inisiatif ini.

“Ini penting kerana ia dapat memperluaskan perkhidmatan perbankan khususnya di kawasan luar bandar yang terpencil,” jelasnya.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: RTP lonjak kesejahteraan hidup rakyat
Next: RM370 juta bina jambatan Sungai Sarawak-Sejingkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.