Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Banjir: Sarawak pulih, Pahang meningkat sedikit, Sabah kekal setakat malam ini
  • NASIONAL

Banjir: Sarawak pulih, Pahang meningkat sedikit, Sabah kekal setakat malam ini

Utusan Sarawak 4 months ago

PPS Kompleks Sukan Kanowit.

KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Sarawak pulih sepenuhnya, manakala di Pahang jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat sedikit, selain di Sabah kekal setakat 8 malam ini.

Di SARAWAK, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), semua 44 mangsa daripada 22 keluarga yang berlindung di PPS Dewan Kompleks Sukan Kanowit telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing pada jam 2 petang tadi selepas banjir surut dan keadaan selamat.

Di PAHANG, menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa yang terjejas banjir di Raub merekodkan peningkatan sedikit kepada 32 mangsa daripada 13 keluarga malam ini berbanding 31 mangsa daripada 12 keluarga pada pagi tadi.

Semua mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Ulu Sungai, Raub.

Portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran pula merekodkan tujuh sungai melebihi tahap waspada iaitu Sungai Belat di Jambatan Gambang, Sungai Belat di Sri Damai dan Sungai Rimau di Kuantan; Sungai Dong di Kampung Peruas, Raub; Sungai Keratong di Rompin; Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran, dan Sungai Pahang di Kuala Krau, Temerloh.

Sementara itu, di SABAH, jumlah mangsa banjir dari Kampung Tamisan dan Kampung Radu Tigaman yang ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bengkongan, Kota Marudu, kekal dengan 17 mangsa daripada enam keluarga malam ini.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: KPM beri jaminan tiada pemotongan Bantuan Awal Persekolahan 
Next: Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak hingga Khamis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.