Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Banjir ragut 260 nyawa
  • GLOBAL

Banjir ragut 260 nyawa

Utusan Sarawak 5 years ago
PENDUDUK menggunakan perahu untuk menyelamatkan diri mereka dari banjir setelah
Sungai Nzoia melimpah dan akibat aliran balik dari Danau Victoria, Kenya. — Foto AFP

NAIROBI: Hujan lebat menyebabkan tiga negara di Afrika Timur dilanda banjir yang meragut kira-kira 260 nyawa.

AFP melaporkan, Kenya yang menjadi negara paling terjejas merekodkan 194 angka kematian.

Di Rwanda pula, seramai 55 mangsa maut dan banjir turut meragut 16 nyawa di Somalia.

Di Uganda pula, paras air tinggi mengakibatkan sekurang-kurangnya 200 orang mangsa dimasukkan ke hospital.

Pihak berkuasa Kenya turut mengarahkan orang ramai berpindah daripada kawasan berpotensi bahaya berkenaan.

Menurut pemerintah, banjir turut memusnahkan tanaman dan beberapa infrastruktur penting.

Ahli meteorologi meramalkan hujan lebat berterusan sepanjang Mei ini, berikutan musim tengkujuh biasanya berakhir Jun.

Kata datuk bandar, di Rwanda, orang ramai maut akibat tanah runtuh, manakala rumah, jalan raya dan tanaman musnah dan ratusan penduduk kehilangan tempat tinggal.

Di Barat Uganda, sebatang sungai pecah hingga mengakibatkan orang ramai menyelamatkan diri ke bandar Kasese.

Di hospital berdekatan Kilembe, pasukan penyelamat cuba mencari mangsa terperangkap dan memindahkan mereka ke gereja.

Beberapa minggu lalu, paras air di Tasik Victoria mencecah ketinggian yang tidak pernah direkodkan dan menyebabkan hakisan di sungai memaksa penduduk meninggalkan kediaman masing-masing.

Tahun lalu, bencana berkenaan meragut 250 nyawa dan menjejaskan tiga juta orang di seluruh Afrika Timur. – AFP

Continue Reading

Previous: China gesa AS henti tuding jari
Next: Wabak misteri landa Hong Kong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.