Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Banjir: Pihak PIBG SK Nanga Selangau rayu sumbangan orang ramai
  • TEMPATAN

Banjir: Pihak PIBG SK Nanga Selangau rayu sumbangan orang ramai

Utusan Sarawak 3 months ago

SELANGAU: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Selangau merayu bantuan kewangan serta sumbangan daripada pihak yang bermurah hati bagi membantu sekolah itu yang mengalami kerosakan akibat banjir besar, baru-baru ini.

Timbalan Yang Dipertua PIBG SK Nanga Selangau, Catherine Sada, berkata banjir yang melanda telah menyebabkan kerosakan teruk kepada peralatan sekolah, sekali gus menjejaskan proses pembelajaran murid-murid.

“Kami (SK Nanga Selangau) mengalami kerosakan teruk akibat banjir besar yang melanda, dan kami memerlukan dana bagi membeli peralatan sekolah serta membaik pulih kemudahan yang terjejas, ” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan mengenai gangguan terhadap jadual pembelajaran murid-murid berikutan kejadian tersebut.

Sehubungan itu, pihak PIBG berharap ada pihak yang sudi menyalurkan bantuan kewangan bagi meringankan beban sekolah dalam mendapatkan peralatan yang diperlukan.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun PIBG SK Nanga Selangau di Agrobank (Bank Pertanian Malaysia) dengan nombor akaun 2001771001446735.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Yang Dipertua PIBG, Thomas John di talian 012-8813147 atau Catherine Sada di talian 014-9983407.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Kelvin, Violet distributes school uniforms, shoes for less fortunate
Next: Program ‘Back To School – CATS Gunting Rambut’ buat julung kali, manfaat 240 pelajar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.