Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Banjir: Mukah catat peningkatan
  • SEMASA

Banjir: Mukah catat peningkatan

Utusan Sarawak 3 months ago

Keadaan di Daerah Dalat semalam. Foto ihsan Unit Dron APM Sarawak

KUCHING: Situasi banjir di Sarawak menunjukkan trend pemulihan apabila jumlah mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menurun kepada 2,426 orang setakat jam 12.00 tengah hari ini.  

Penurunan ini melibatkan 260 orang berbanding 2,686 yang direkodkan setakat 8.00 pagi tadi.  

Bintulu merekodkan pengurangan terbesar dengan jumlah mangsa kini 889 orang, berbanding 1,099 sebelum ini.  

Sibu juga menunjukkan penurunan dengan 373 mangsa masih berlindung di PPS, berbanding 423 pagi tadi.  

Mukah bagaimanapun mencatatkan sedikit peningkatan dengan jumlah mangsa kini 605 orang, meningkat berbanding 604 sebelumnya.  

Miri kekal pada 338 mangsa, tanpa perubahan sejak laporan terdahulu.  

Jumlah PPS aktif kini 18, manakala 68 PPS telah ditutup.

Oleh MASRIN AFFIRAH

Continue Reading

Previous: PSSS terima sambutan menggalakkan – Nancy
Next: Banjir: Jumlah mangsa di PPS tertinggi di Mukah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.