Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Banjir: Mangsa di Bintulu, Mukah semakin berkurangan
  • SEMASA

Banjir: Mangsa di Bintulu, Mukah semakin berkurangan

Utusan Sarawak 3 months ago

Petugas mengemas barangan di PPS Dewan SMK Tatau selepas penutupan pusat tersebut.

KUCHING: Jumlah mangsa banjir di Bintulu menunjukkan penurunan ketara dengan hanya 88 orang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8.00 malam ini, berbanding 281 orang pada 12.00 tengah hari tadi.

Penurunan drastik ini menunjukkan keadaan semakin stabil, walaupun terdapat sedikit peningkatan berbanding 84 mangsa yang direkodkan pada 4.00 petang.

Mukah turut mencatat pengurangan ketara apabila jumlah mangsa menurun daripada 438 kepada 303 orang, menjadikannya kawasan yang mengalami penurunan terbesar sejak laporan terakhir.

Sementara itu, jumlah mangsa di Miri kekal 210 orang, manakala Sibu masih merekodkan angka paling rendah dengan hanya tiga mangsa di PPS.

Secara keseluruhan, situasi banjir di Sarawak terus menunjukkan pemulihan apabila jumlah mangsa yang masih berlindung di PPS menurun kepada 604 orang setakat 8.00 malam ini, berbanding 735 orang pada 4.00 petang tadi.

Walaupun keadaan semakin baik, tujuh PPS masih beroperasi untuk menampung mereka yang belum dapat pulang ke rumah masing-masing.

Oleh Amanda L.

Continue Reading

Previous: Martin Ben Ketua Pemuda PBB yang baharu, Hasifah kini nombor 2 di sayap Wanita
Next: Pendaftaran PERANTIS dibuka 27 Februari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.