Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Banjir landa Kampung Tringgus Bong, Bau
  • WILAYAH

Banjir landa Kampung Tringgus Bong, Bau

Utusan Sarawak 4 months ago

Keadaan di Kampung Tringgus Bong, Bau dinaiki air akibat banjir yang melanda hari ini. Foto ihsan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak

BAU: Insiden jambatan runtuh di Kampung Tringgus Bong di sini, yang disertai banjir di kawasan sekitar dilaporkan berlaku hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memaklumkan bahawa panggilan kecemasan berkaitan insiden tersebut diterima pada 7.15 malam tadi.

“Setibanya di lokasi, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) mendapati tidak dapat bergerak ke jambatan runtuh seperti yang dilaporkan akibat banjir yang menenggelami Kampung Tringgus Matan Nguan, Kampung Tringgus Rabak Rotan dan Kampung Tringgus Bong.

“Keadaan cuaca di lokasi adalah baik tanpa hujan, dan PKO kini membuat pemantauan rapi di kawasan terjejas,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Setakat ini, tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Pemantauan dan operasi susulan akan diteruskan bagi memastikan keselamatan penduduk di kawasan tersebut.

Oleh Amanda L.

Continue Reading

Previous: Geran berjumlah RM662,300 diagihkan di kawasan Selangau
Next: Bomba bantu urus jenazah obesiti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.