Banjir kilat korbankan sekurang-kurangnya 42 nyawa di Kenya

Facebook
WhatsApp
BANJIR… Orang ramai mengelilingi harta benda yang rosak mencari barangan boleh diselamatkan di pusat bandar Nairobi susulan hujan lebat yang mengakibatkan banjir kilat di sekitar Nairobi, baru-baru ini. Foto AFP

NAIROBI, Kenya: Banjir kilat akibat hujan lebat yang melanda beberapa bahagian di Kenya telah mengorbankan 42 orang di seluruh negara, menurut kerajaan, lapor Xinhua.

“Secara keseluruhan, 42 kematian telah dilaporkan dan disahkan oleh Perkhidmatan Polis Kebangsaan di seluruh negara setakat 8 Mac 2026,” kata Setiausaha Kabinet bagi Perkhidmatan Awam, Pembangunan Modal Insan dan Program Khas, Geoffrey Ruku dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad di Nairobi, ibu negara itu.

Selain kehilangan nyawa, Ruku berkata kerosakan ketara pada infrastruktur dan mata pencarian telah dilaporkan, termasuk 172 kenderaan yang dihanyutkan oleh air banjir.

People walk around damaged property looking for salvageables in downtown Nairobi following a night of heavy rainfall that resulting in heavy flooding around Nairobi on March 07, 2026. (Photo by Tony KARUMBA / AFP)

Hujan lebat pada petang Jumaat menyebabkan banjir di beberapa bahagian di Nairobi dan kawasan sekitarnya, yang membawa kepada penutupan jalan, kerosakan harta benda, pemindahan penduduk, dan kesusahan dalam kalangan komuniti yang terjejas.

Jabatan Meteorologi Kenya meramalkan hujan lebat yang berterusan dan menggesa penduduk untuk mengambil langkah berwaspada bagi mengelakkan kehilangan lebih banyak nyawa.

“Kerajaan ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa semua agensi tindak balas kekal digerakkan sepenuhnya dan berada dalam keadaan siap siaga untuk menjaga keselamatan awam, menyokong komuniti yang terjejas, dan memulihkan keadaan seperti sedia kala secepat mungkin,” kata Ruku.

-Bernama