Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Banjir kilat di Zon Tiris
  • TEMPATAN

Banjir kilat di Zon Tiris

Utusan Sarawak 5 years ago
AIR NAIK… Keadaan banjir kilat di salah sebuah rumah di Zon Tiris akibat selepas hujan lebat sejak malam Sabtu lepas.

ADUM LIU

BEKENU : Lima buah kampung di Zon Tiris mengalami banjir kilat akibat hujan lebat sejak petang Sabtu.

Seorang penduduk kampung yang enggan nama disiarkan ketika ditemui berkata, keadaan banjir kilat semakin naik akibat hujan turun lagi malam kelmarin.

Katanya, banjir kilat tidak dapat surut ekoran keadaan air sungai pasang ketika ini.

“Pergerakan dan aktiviti kebun memang susah kerana jalan ditenggelami air yang dalam dan bahaya.

“Tidak semua rumah yang mengalami banjir, hanya rumah yang berada di kawasan rendah berisiko tinggi mengalami banjir kilat di sini,” jelasnya.

Kampung yang terlibat banjir di Zon Tiris ialah Kampung Pintasan, Kepayang, Masjid, Lubuk Buinih dan Sebalik.

Utusan Sarawak difahamkan bahawa keadaan banjir kilat tersebut dalam keadaan terkawal setakat ini.

Continue Reading

Previous: Ketua Cabang PKR Sibu letak jawatan
Next: 86 orang terima bantuan Prihatin Ramadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.