Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Banjir: Jumlah mangsa kini turun bawah seribu, hanya tinggal 9 PPS
  • SEMASA

Banjir: Jumlah mangsa kini turun bawah seribu, hanya tinggal 9 PPS

Utusan Sarawak 3 months ago

KUCHING: Situasi banjir di Sarawak menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) semakin berkurang, dengan beberapa PPS ditutup dalam tempoh petang hingga malam ini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, hanya sembilan PPS beroperasi setakat 8 malam ini.

Jumlah mangsa juga mencatat penurunan, daripada 1,286 orang pada petang tadi kepada 992 orang kini yang menunjukkan seramai 294 mangsa telah dibenarkan pulang.

Mukah, Bintulu, dan Miri kekal sebagai kawasan dengan jumlah mangsa tertinggi, namun kesemuanya menunjukkan pengurangan. 

Mukah masih menempatkan 438 mangsa, diikuti Bintulu (274) dan Miri (277). 

Sibu pula hanya mencatatkan tiga mangsa yang masih berlindung di PPS.  

JPBN turut memaklumkan bahawa PPS Balai Raya Sebauh telah ditutup pada jam 5 petang, sejajar dengan penurunan jumlah mangsa di kawasan tersebut.  

Penduduk di kawasan rendah dinasihatkan agar terus berwaspada dan mengikuti perkembangan cuaca bagi mengelakkan sebarang risiko banjir susulan.  

Oleh MASRIN AFFIRAH

Continue Reading

Previous: Perbincangan kabel dasar laut Sarawak-Singapura, dijangka selesai suku pertama tahun ini – Abang Johari
Next: Bekalan LPG tidak terjejas, ekoran tanah runtuh di Bintulu – Julaihi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.