Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Banjir: Guru, pegawai dan calon SPM diangkut guna lori
  • WILAYAH

Banjir: Guru, pegawai dan calon SPM diangkut guna lori

Utusan Sarawak 4 months ago

OPERASI.....Dua guru, tiga pegawai peperiksaan dan tujuj calon SPM SMK Kwong Hua, Sungai Bidut, dibawa menaiki lori APM selepas sebahagian jalan menuju ke sekolah itu ditenggelami air banjir, menyebabkan ia tidak dapat dilalui.

SIBU: Dua guru, tiga pegawai peperiksaan dan tujuh calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kwong Hua, Sungai Bidut, di sini dibawa menaiki lori Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Ini berikutan sebahagian jalan menuju ke sekolah itu ditenggelami air banjir, menyebabkan ia tidak dapat dilalui.

Pegawai APM Daerah Sibu, Mejar Wan Mohd Jabir Wan Mohd Badrudin berkata, sepasukan tiga anggota APM tiba seawal jam 7 pagi tadi, dengan sebuah lori tiga tan untuk membantu mengangkut mereka yang terlibat. 

Katanya, operasi itu turut disertai dua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan dua pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sibu. 

“Seramai dua guru, tiga pegawai peperiksaan dan tujuh calon SPM selamat dibawa ke sekolah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi itu berjalan lancar, dan semua guru dan pelajar selamat sampai ke sekolah,.

“Peperiksaan SPM di SMK Kwong Hua, Sungai Bidut, berjalan lancar walaupun berdepan cabaran yang tidak diduga,” kata beliau.

Oleh TARANI LANTING

Continue Reading

Previous: Air naik di Jalan Lanang, Terminal Penumpang Sibu
Next: Air naik: 18 penghuni Rumah Panjang Suzusie Lily dipindahkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.