Banjir di Vietnam ragut 10 nyawa

Facebook
WhatsApp

HANOI: Hujan lebat dan banjir di beberapa wilayah tengah Vietnam mengorbankan 10 orang, manakala lapan lagi dilaporkan hilang dan 22 cedera, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Daik Vietnam pada Khamis, lapor Xinhua.

Lebih 128,000 rumah ditenggelami air, 51 rumah runtuh atau dihanyutkan arus, dan lebih 120 lagi rosak, dengan kira-kira 90 penempatan kumpulan masyarakat dan wad dilanda banjir, menurut laporan itu.

Banjir turut menenggelamkan kira-kira 4,300 hektar sawah padi dan tanaman lain, merosakkan lebih 650 hektar kebun buah-buahan serta mengorbankan lebih 16,300 ternakan dan ayam itik, menurut laporan itu lagi.

Tanah runtuh turut menutup beberapa lebuh raya negara dan puluhan jalan tempatan, menyebabkan gangguan trafik di beberapa wilayah.

Pihak berkuasa tempatan sedang meneruskan operasi menyelamat, menilai kerosakan dan menyalurkan bantuan kecemasan kepada penduduk terjejas, menurut laporan itu. – Bernama-Xinhua

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos