Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Banjir buruk jejas selatan China
  • GLOBAL

Banjir buruk jejas selatan China

Utusan Sarawak 5 years ago
KEHIDUPAN jutaan penduduk terjejas susulan bencana banjir di Chongqing, Guangxi, Anhui dan beberapa wilayah lain sejak 2 Jun lalu.• Foto AFP

BEIJING: Lebih 20 terbunuh atau kekal hilang selepas hujan lebat menyebabkan banjir dan runtuhan tanah serta lumpur di selatan China sejak awal minggu lalu.

Kementerian Pengurusan Kecemasan memaklumkan, banjir berkenaan menjejaskan kira-kira 2.63 juta penduduk di 11 rantau peringkat wilayah sehingga Selasa lalu.

Kementerian itu berkata, hujan lebat turut memaksa kira-kira 228,000 penduduk dipindahkan, memusnahkan lebih 1,300 rumah dan membawa kerugian ekonomi secara langsung berjumlah lebih empat bilion yuan (RM2.4 bilion).

Menurut jabatan pengurusan kecemasan tempatan, sehingga 5 petang Jumaat lalu, banjir dan bencana geologi dilaporkan di 66 wilayah peringkat daerah di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, yang menjejaskan hampir 1.6 juta orang.

Cuaca melampau turut memberi tamparan hebat kepada sektor pelancongan wilayah itu, yang masih terkesan akibat wabak Covid-19.

Di Yangshuo, destinasi pelancongan terkenal dengan gunung dan sungai yang indah, paras air sungai naik dengan mendadak, menyebabkan penduduk dan pelancong terperangkap dalam banjir, berikutan hujan lebat tanpa henti sejak pagi 7 Jun lalu. – AFP

Continue Reading

Previous: Juruterbang selamat, pesawat Hawk terhempas
Next: Kubur di Sao Paulo digali semula

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.