Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KOLUMNIS
  • Banjir besar 1963 di Sarawak
  • KOLUMNIS

Banjir besar 1963 di Sarawak

Utusan Sarawak 4 months ago
KEJADIAN banjir yang melanda Kuching pada 1963.

SALAH satu peristiwa yang tidak dapat dilupa­kan berlaku di Sarawak pada 1963 adalah kejadian banjir besar. Fenonena keja­dian banjir ini telah memberi kesan kepada kehidupan pen­duduk Sarawak.
Banjir ini bukan sahaja ber­laku di beberapa kawasan di Sarawak malah menjalar ham­pir ke seluruh negeri. Kejadian banjir ini bermula pada Januari 1963, ketika Sarawak masih berada di bawah pemerintahan Kerajaan British

AIR NAIK
Kejadian banjir ini bermula dengan hujan lebat di Bahagian Ketiga (kini dikenali Bahagian Sibu). Hujan yang berterusan pada minggu pertama Januari 1963 ini membawa kepada banjir di Sibu.
Banjir pada 9 Januari 1963 menyebabkan hubungan antara bazar dengan Lapa­ngan Terbang Sibu terputus. Selepas itu hujan ini bergerak pula ke utara menyebabkan Ng Selangau di Sungai Balingian, Tatau di Anap dan Niah men­galami banjir.
Kejadian ini menyebabkan pihak berkuasa mula men­gambil perhatian di Bahagian Keempat apabila meminta sekolah-sekolah ditutup kerana berlaku air naik.
Air juga mula naik di Sungai Baram dan cabangnya. Lim­bang dan Lawas pula mula mengalami air naik secara meluas. Air naik di Bahagian Keempat secara berterusan pada 16 Januari 1963 menye­babkan semua kawasan landasan terbang di baha­gian tersebut telah terputus hubungan.
Kedai-kedai di Sebauh, Daer­ah Bintulu pula mula dinaiki air. Air setinggi tiga kaki mula membanjiri kawasan pejabat dan kuartes kerajaan di Tatau.
Pada masa sama, seramai 1,500 penduduk kampung di Marudi telah kehilangan rumah dan terpaksa berpindah keka­wasan tinggi. Keadaan semakin buruk di Marudi apabila stesen janakuasa tidak lagi dapat digunakan.
Kawasan bazar pula mula dinaiki air setinggi 5 1/2 kaki. Banjir ini juga menyebabkan tebingan sungai di Miri pula pecah. Keadaan bertambah buruk lagi apabila bekalan air di bandar tersebut terganggu menyebabkan catuan air dilaku­kan untuk satu jam sehari.
Kawasan penapis minyak Shell di Lutong juga tidak dapat beroperasi. Kesan banjir ini menyebabkan tanah runtuh hingga Miri terputus jalan darat dengan kawasan luar.

TENGGELAM

Pada 18 Januari 1963 pula, air dari Sungai Tinjar menengelam­kan bazar Long Teru. Keadaan serupa juga berlaku di Stesen Pertanian Tanjong Tahap apabila air di Sungai Baram menenge­lamkan stesen tersebut.
Keadaan di Niah dan Bekenu pada tarikh yang sama juga menunjukkan air sudah mencapai paras bumbung di berek polis.
Pada masa sama, Trusan dan Sundar mula mengalami banjir. Limbang pula menghadapi air naik secara berterusan hingga membawa kesan ke atas Danau, Ukong dan Ng Damit.
Pada 21 Januari 1963 dan 24 Januari 1963, banjir mula surut di Miri, Lutong, Bekenu dan Lawas serta Limbang. Keadaan ini memberi kelegaan kepada pen­duduk di kawasan tersebut tetapi kawasan lain masih lagi men­galami masalah banjir terutama di Mukah.

KESAN

Kesan ketara banjir di Mukah ini menyebabkan kawasan tana­man padi penduduk mengalami kerosakan. Kemusnahan ini melibatkan skim penanaman padi di Nanga Baoh, Nanga Pajam dan Sungai Sanyangka (Satungal?) di kawasan Sungai Oya serta kawasan di Sungai Sikat dan Lubok Embawang di kawasan Sungai Mukah.
Selain kawasan padi musnah, haiwan ternakan juga terkesan kerana banjir tersebut. Penduduk tempatan telah kehilangan seki­tar 2,000 ayam, 500 khinzhir dan beberapa kambing. Ratusan pokok lada dan lebih kurang 1,000 guni tepung sagu telah dihanyutkan oleh air. Sebanyak lapan kilang pemprosesan sagu telah memberhentikan operasin­ya.
Kolam ikan juga telah ditenge­lami oleh air, menyebabkan keru­gian kepada penduduk tempatan. Bahagian Pertama juga men­galami masalah banjir. Pada 28 Januari 1963, Daerah Bau mula dinaiki air.
Air dari Sungai Sarawak pula menyebabkan banjir di Siniawan dan bazar Batu Kawa. Lundu juga tidak terkecuali dengan mas­alah banjir ini. Kuching pula men­galami air naik yang luar biasa. Selain masalah keselamatan dan kebajikan mangsa banjir, kera­jaan British risau tentang kapal-kapal persisir yang terjejas akibat masalah cuaca buruk di laut luas ketika itu. Hal ini dikaitkan dengan kemungkinan berlaku kekurangan bekalan beras dan makanan di Sarawak.

BANTUAN
Bagi mengatasi masalah ini, pihak berkuasa di Sarawak ber­tindak cepat membantu mangsa banjir. Orang awam yang terke­san banjir terutama di Limbang telah berjaya dibawa keluar dari kawasan bencana.
Helikopter digunakan pada 19 Januari 1963 untuk membawa bekalan bantuan ke kawasan pusat bantuan di Ng Medamit. Masalah banjir ini mendapat per­hatian pihak kerajaan British di London.
Parlimen British telah melulus­kan sebanyak M$100,000 (seki­tar £12,000) untuk membantu mangsa banjir di timur Sarawak. Bantuan ini diberi atas rayuan dibuat oleh Gabenor Sarawak, Alexander Waddell.
Dalam hal ini, Waddell mela­hirkan rasa dukacita dengan masalah yang menimpa pnduduk di timur Sarawak. Beliau turut melahirkan rasa simpati yang mendalam terhadap ribuan pen­duduk yang kehilangan tempat tinggal serta kemusnahan tana­man mereka.
Selain bantuan kewangan, pihak Kerajaan British juga menggunakan asetnya untuk membantu rakyat Sarawak yang ditimpa bencana banjir.
Pada 22 Januari 1963, tentera British telah digerakkan untuk membantu pihak berkuasa tem­patan membawa makanan dan pakaian menerusi jalan sungai. Helikopter dan kapal terbang juga digunakan untuk tujuan memba­wa makanan dan pakaian kepada mangsa banjir.
Pasukan penyelamat ini ter­diri dari Pasukan Gurkha dan pasukan Marin Komandor Diraja ke-42. Selain itu, bantuan juga datang dari Palang Merah (Red Cross) dan Oxford Committee for Famine Relief (Oxfam). Badan bukan ker­ajaan (NGO) ini memain peranan penting dalam meng­umpul dana kewangan untuk membantu mangsa banjir.
Oxfam sahaja telah berjaya mengumpul sebanyak£3,000 menerusi Catholic Relief Ser­vices Federation of Malaya dan Salvation Army.
Bantuan juga datang dari kerajaan Tanah Melayu dan kerajaan Singapura. Kerajaan Tanah Melayu menyum­bang sebanyak M$30,000, manakala kerajaan Singapura pula menyumbang sebanyak M$15,000.
Fenomena banjir di Sar­awak ini melangkaui sem­padan. Ini kerana Brunei dan Sabah juga mengalami mas­alah banjir di kawasan mere­ka. Usaha bantuan dari pihak kerajaan dan NGO serta neg­ara luar berjaya meringankan beban ditanggung oleh mang­sa banjir di Sarawak.

  • Dr. Suffian Mansor adalah Ketua Program Sejarah, Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Tags: Dr Suffian Mansor

Continue Reading

Previous: Strategi PAS tarik pengundi Pantai Timur
Next: Ke mana pergi sisa buangan tandas dalam pesawat?

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.