Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Banjir: 32 individu 5 rumah terjejas dipindahkan ke tempat selamat
  • Tengah
  • WILAYAH

Banjir: 32 individu 5 rumah terjejas dipindahkan ke tempat selamat

Utusan Sarawak 1 month ago
OPERASI pemindahan mangsa banjir dijalankan dengan bantuan bot ketika air naik di kawasan setinggan berhampiran Jambatan Sungai Plan.
Foto PGO JBPM Sarawak

BINTULU: Seramai 32 mangsa banjir dari lima rumah setinggan berhampiran Jambatan Sungai Plan, Jalan Tanjung Kidurong dipindahkan ke tempat selamat, awal pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.26 pagi sebelum sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong bersama sebuah jentera dikerahkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, pihak bomba menggunakan bot Miriploy untuk memindahkan semua mangsa setelah mendapati paras air meningkat sehingga enam kaki,” katanya.

Operasi yang berlangsung selama lebih dua jam itu berjaya memindahkan kesemua mangsa tanpa sebarang kecederaan dilaporkan.

Bagaimanapun, tiada pemindahan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dilakukan dan operasi tamat sepenuhnya pada 4.47 pagi.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Mangsa terjatuh bot ekspres masih gagal ditemui
Next: Operasi SAR mangsa terjatuh bot ekspres ditangguh lagi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.