

TANJUNG MANIS: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ketiga seorang lelaki yang terjatuh dari bot ekspress di muara Sungai Paloh pada Sabtu lalu ditangguhkan lagi pada 4.23 petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, operasi tersebut ditangguh berikutan faktor cuaca dan operasi pencarian akan disambung semula pagi esok.
“Operasi SAR telah disambung semula pada 12.00 tengah hari tadi, yang mana anggota bomba telah bergerak ke lokasi SAR.
“Tindakan pencarian dipermukaan air menggunakan bot penyelamat menuju ke hilir dan ke hulu Sungai Paloh dalam jarak tujuh kilometer telah dilakukan dan pencarian juga diperluaskan dengan menyelusuri Sungai Bangau, Kampung Kedang namun masih belum menjumpai mangsa.
“Operasi SAR telah ditangguhkan pada 4.23 petang tadi atas faktor cuaca dan operasi pencarian akan disambung semula pada pagi esok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Operasi SAR disertai oleh tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis yang diketuai oleh komander operasi, Salahuddin Mohd Dawood, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sarawak Coast Guard dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Terdahulu, pada Sabtu lalu, mangsa yang dikenal pasti sebagai Awang Indera Awang Mahmud, 45, dilaporkan terjatuh dari bot ekspress di Muara Sungai Paloh.
Setakat berita ditulis, mangsa masih lagi gagal ditemui.
Oleh Earl Anek

Dato Sri Wahab bagi sumbangan untuk 429 asnaf di Matu
MATU, 14 November: Seramai 429 golongan asnaf menerima manfaat sumbangan daripada bekas Ahli Parlimen Igan, Dato Sri Wahab Dolah bertempat

Polis potong bekalan elektrik premis disyaki jalankan perjudian haram
BAU, 13 November: Polis dengan kerjasama Sarawak Energy Berhad (SEB) memotong bekalan elektrik sebuah premis perniagaan yang disyaki digunakan untuk

Calon Gen Z mungkin jadi taruhan DAP pada PRN13 – Chong
KUCHING, 13 November: Parti Tindakan Demokratik (DAP) memberi bayangan kemungkinan menampilkan calon daripada Generasi Z (Gen Z) pada Pilihan Raya

20 peserta dalami seni tenunan Pua Ikat, warisan Iban terus diperkasa
BETONG, 13 November: Warisan seni tenunan Pua Ikat masyarakat Iban terus diperkasa menerusi usaha melahirkan lebih ramai pewaris yang mampu

Dato Sri Wahab bagi sumbangan untuk 429 asnaf di Matu
MATU, 14 November: Seramai 429 golongan asnaf menerima manfaat sumbangan daripada bekas Ahli Parlimen Igan, Dato Sri Wahab Dolah bertempat

Malaysia dijangka terima kesemua 18 jet pejuang FA-50M menjelang Mac 2028
KOTA TINGGI, 14 November: Malaysia dijangka menerima keseluruhan 18 pesawat pejuang ringan FA-50M dari Korea Selatan menjelang Mac 2028 bagi