Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Banjir: 200 pelajar UPM Bintulu terima bantuan Pemadam 
  • TEMPATAN

Banjir: 200 pelajar UPM Bintulu terima bantuan Pemadam 

Utusan Sarawak 3 months ago

Profesor Dr. Shahrul Razid Sarbini menyampaikan sumbangan kepada pelajar UPMKB yang terjejas akibat banjir. Foto ihsan UPMKB

BINTULU: Seramai 200 pelajar Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) yang terkesan akibat banjir menerima sumbangan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Sarawak menerusi program Pemadam Prihatin.

Banjir yang melanda Bintulu baru-baru ini menyebabkan lima blok kediaman pelajar di Kolej Sri Rajang serta beberapa rumah staf di UPMKB ditenggelami air, sekali gus mengakibatkan kerosakan harta benda.

Sebagai usaha membantu pelajar yang terjejas, Pemadam menyalurkan bantuan dalam bentuk wang tunai dan makanan kering. 

Menurut kenyataan UPMKB, sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengarah Kampus UPMKB, Profesor Dr. Shahrul Razid Sarbini kepada penerima.

Setiausaha Eksekutif Pemadam Negeri Sarawak, Munawwar Ismail dalam kenyataan media berkata, bantuan tersebut diharapkan dapat meringankan beban pelajar terutama dalam aspek kewangan dan kebajikan, lebih-lebih lagi ketika mereka sedang menghadapi peperiksaan.

Program seumpama itu mencerminkan komitmen Pemadam UPMKB dalam menjaga kebajikan pelajar serta memperkukuh semangat kesukarelawanan dalam menghadapi situasi kecemasan dan bencana alam.

Continue Reading

Previous: Pembinaan jalan keluar baharu Taman Dahlia dijangka siap Ogos tahun ini   
Next: Sukan berbasikal erat hubungan Sarawak-Kalimantan Barat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.