Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Bangunan parlimen Jepun berusia 90 tahun bakal jalani ubah suai besar-besaran
  • GLOBAL

Bangunan parlimen Jepun berusia 90 tahun bakal jalani ubah suai besar-besaran

Utusan Sarawak 11 hours ago

TOKYO: Bangunan perundangan ikonik Jepun yang terletak di tengah-tengah ibu negara (di sini) akan menjalani ubah suai besar-besaran pertamanya sejak dibina 90 tahun lepas.

Ia susulan kebimbangan terhadap keselamatan struktur itu di negara yang sering dilanda gempa bumi tersebut, lapor Kyodo News.

Kerja-kerja pembinaan di Bangunan Diet Kebangsaan (bangunan parlimen) akan bermula pada tahun fiskal 2030 dan berterusan selama kira-kira lapan tahun, dengan bahagian dalam dan luaran yang bernilai sejarah dijangka dipelihara sambil meminimumkan gangguan kepada prosiding parlimen apabila Diet (sidang perwakilan dan penggubal undang-undang) sedang bersidang.

Projek itu kini dalam peringkat perancangan terperinci dan dianggarkan menelan belanja 60 hingga 70 bilion yen (AS$382 hingga AS$446 juta) dengan kemungkinan meningkat apabila kos bahan naik sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Ubah suai termasuk bangunan berkenaan akan dilengkapkan dengan lapisan pengasingan seismik di bawah asasnya iaitu kaedah yang akan membolehkan premis itu terus digunakan semasa kerja pembinaan.

Bangunan Diet Kebangsaan siap pada 1936 selepas kira-kira 17 tahun pembinaan dengan bumbung berbentuk piramid dan fakad granit.

Ia berfungsi sebagai tempat persidangan Imperial Diet sebelum sistem Diet semasa ditubuhkan di bawah Perlembagaan pasca-Perang Dunia II. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ahli astronomi Jepun lancar kumpulan jejaki makhluk asing
Next: Cuaca Makkah semakin panas, jemaah diingatkan utamakan kesihatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.