Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Bangladesh akan perkenal sistem penggera kecemasan di fasiliti perubatan
  • GLOBAL

Bangladesh akan perkenal sistem penggera kecemasan di fasiliti perubatan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
GAMBAR hiasan.

DHAKA: Kerajaan Bangladesh mengumumkan pengenalan sistem penggera kecemasan berpusat di fasiliti perubatan bagi memastikan keselamatan dan perlindungan petugas kesihatan serta pesakit, lapor Xinhua.

Menteri Kesihatan dan Kebajikan Keluarga Bangladesh Sardar Shakhawat Hossain Bokul berkata semalam, sistem itu akan diperkenalkan secara perintis di dua hospital utama di ibu negara, Dhaka selepas sambutan Aidiladha yang dijadualkan pada 28 Mei.

Beliau berkata kerajaan juga merancang untuk mewujudkan pos polis di kawasan Mohakhali di tengah Dhaka, yang menempatkan beberapa agensi kesihatan dan hospital.

Inisiatif itu dilaksanakan susulan beberapa insiden kebelakangan ini yang menyaksikan doktor, pentadbir hospital dan pesakit dilaporkan diserang di Dhaka serta kawasan lain di negara itu. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Venezuela bakal bebaskan 300 banduan
Next: Australia sediakan sokongan kecemasan ketika wabak difteria semakin buruk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.