Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Bandar Perancis kenakan perintah berkurung untuk bawah 16 tahun semasa perlawanan ‘berisiko tinggi’ Piala Dunia
  • GLOBAL

Bandar Perancis kenakan perintah berkurung untuk bawah 16 tahun semasa perlawanan ‘berisiko tinggi’ Piala Dunia

Utusan Sarawak 4 hours ago
BANDAR Toulouse, Perancis.

TOULOUSE, Perancis: Pihak berkuasa di bandar Toulouse hari ini mengumumkan perintah berkurung bagi individu bawah 16 tahun semasa perlawanan Piala Dunia yang dianggap ‘berisiko tinggi’, susulan insiden kekecohan yang mencemarkan sambutan kemenangan Paris Saint-Germain dalam Liga Juara-Juara yang lepas.

Perlawanan terlibat termasuk perlawanan yang melibatkan Perancis, serta perlawanan Maghribi menentang Brazil, Scotland dan Haiti, selain perlawanan antara Tunisia dan Belanda, kata datuk bandar.

Perintah berkurung itu akan berkuat kuasa dari 10.00 malam hingga 5.00 pagi bagi individu bawah 16 tahun yang tidak ditemani orang dewasa di pusat bandar barat daya Perancis, kata Datuk Bandar Jean-Luc Moudenc dalam taklimat media.

“Langkah itu hanya melibatkan beberapa perlawanan yang kami pilih bersama pihak prefektur kerana kami menganggapnya berisiko tinggi,” tambah beliau.

Datuk bandar berkata langkah itu diambil susulan insiden kekacauan dan kerosakan di Toulouse serta beberapa bandar lain selepas perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada 30 Mei.

Langkah tersebut bertujuan untuk melindungi rakyat dan golongan bawah umur, katanya, sambil merujuk peningkatan delinkuensi remaja di bandar keempat terbesar di Perancis itu.

Datuk Bandar Clermont-Ferrand di Perancis tengah, turut mengumumkan peraturan serupa untuk bawah 16 tahun minggu ini.

Perancis akan memulakan aksi pertama Piala Dunia dengan menentang Senegal pada Selasa. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Pendaki cedera parah terselamat selepas harungi malam bersuhu beku di Alps, Austria
Next: Pekerja di India latih robot AI yang bakal ambil alih tugas manusia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.