
MARUDI: Balai Bomba dan Penyelamat Marudi, dengan kerjasama Stesen Minyak Petronas Marudi, menganjurkan kempen keselamatan kebakaran sempena Tahun Baharu Cina 2026.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Marudi PPK 1, Nasir Razali, merakamkan penghargaan kepada Pengurus Stesen Minyak Petronas, Lena Tiong, atas kerjasama mereka dalam menjayakan kempen tersebut.
Pada masa sama, cenderahati berupa limau mandarin, minuman, makanan ringan, serta risalah keselamatan diagihkan kepada orang ramai.
Beliau berharap kerjasama dengan syarikat korporat dapat diteruskan, bukan sahaja semasa musim perayaan Tahun Baharu Cina, malah pada perayaan lain seperti Aidilfitri, Gawai Dayak dan Krismas.
Oleh Jiku Juguong