Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Azerbaijan Airlines lancar penerbangan terus ke Maldives
  • GLOBAL

Azerbaijan Airlines lancar penerbangan terus ke Maldives

Utusan Sarawak 9 months ago

NEW DELHI: Azerbaijan Airlines akan melancarkan penerbangan terus antara Baku dan Male, dijangka memberi rangsangan tambahan kepada sektor pelancongan Maldives yang semakin berkembang.

Perkhidmatan dua kali seminggu ini akan menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Heydar Aliyev dan Lapangan Terbang Antarabangsa Velana bermula 8 November 2024.

“Bersiap sedia untuk menukar kesejukan musim sejuk kepada keceriaan musim panas,” menurut syarikat penerbangan itu semalam dalam satu hantaran di media sosial.

Maldives mencatat pertumbuhan 10 peratus bagi kedatangan pelancong tahun ini dengan jumlah ketibaan melebihi 1.2 juta menjelang pertengahan Ogos.

Lima sumber utama pelancong asing ke negara itu ialah China, Rusia, Britain, Itali dan Jerman.

Dengan Malaysia Airlines menyambung semula penerbangan terus ke Male bulan lalu, Maldives turut berharap dapat menarik lebih ramai pelancong Malaysia.

Malaysia Airlines kali terakhir mengendalikan penerbangan terus ke Maldives pada 2017.- Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: AS rampas pesawat Presiden Venezuela
Next: Pesawat tentera India terhempas di negeriĀ Rajasthan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.