Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Awie, Search KidDin bakal bergabung dalam Konsert Jelajah Rockology 2025
  • HIBURAN

Awie, Search KidDin bakal bergabung dalam Konsert Jelajah Rockology 2025

Utusan Sarawak 3 weeks ago
FOTO RPM Events Sdn Bhd.

KUALA LUMPUR: Gabungan dua legenda rock Malaysia, Datuk Awie dan Search KidDin bakal menggegarkan pentas rock tanah air dengan Konsert Jelajah Rockology 2025.

Bakal berlangsung di dua lokasi utama, iaitu di Midtown Perda, Pulau Pinang pada 21 Jun dan EduCity Sports Complex, Iskandar Puteri, Johor pada 5 Julai depan, konsert itu akan menjadi satu gerakan untuk menghidupkan semula jiwa rock di negara ini.

Menurut Awie, beliau menerima pelawaan untuk terlibat dalam konset berkenaan disebabkan oleh misi dan semangat yang dibawa dalam jelajah tersebut.

“Sebahagian dana atau keuntungan yang diperoleh daripada konsert ini akan disalurkan kepada program tanggungjawab social korporat kami, iaitu Konsert Wings Dalam Penjara, sebuah projek khas untuk menyantuni komuniti yang memerlukan perhatian dan sokongan pemulihan. 

“Ini cara kami memberi kembali kepada masyarakat, terutama mereka yang telah tersisih daripada dunia luar,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh RPM Events Sdn Bhd.

Tiket boleh dibeli menerusi laman web https://rpm.ubertickets.asia/ dengan harga bermula RM98.

-Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Konsert GenKRU ubati kerinduan peminat, buktikan mereka masih berbisa
Next: Walaupun anak Gayong, watak Datuk Meor buat saya gusar – Beto

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.