
LAWAS: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan telah mengadakan kunjungan Tahun Baharu Cina (TBC) di Daerah Limbang dan Lawas pada Sabtu dan Ahad.
Kunjungan TBC di Lawas bermula dengan mengunjungi sahabat sekampung Liaw Leong Poon di hotel milik usahawan tersebut diikuti dengan kediaman Pemanca Tan Yong Hng di Taman Klasik Lawas.


Manakala di Limbang, Awang Tengah dan isteri Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud berkunjung ke kediaman balu kepada Temenggong Ang Kheng Su iaitu Datin Kui Eng, diikuti kediaman Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Bahagian Limbang Lim Chwee Cheng diakhiri dengan kunjungan ke kediaman Temenggong Leong Boon Ming.
Oleh Adeng Edrus
