IMF pertimbang perohonan bantuan kecemasan AS$200 juta Sri Lanka selepas bencana siklon

ANKARA: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berkata pada Jumaat pihaknya sedang meneliti permohonan Sri Lanka untuk pembiayaan kecemasan berjumlah AS$200 juta susulan kemusnahan akibat Siklon Ditwah, lapor Anadolu Ajansi (AA). Ketua Misi IMF bagi Sri Lanka Evan Papageorgiou berkata dalam satu kenyataan bahawa Kerajaan Sri Lanka telah memohon bantuan kewangan di bawah Instrumen Pembiayaan Pantas (RFI) berjumlah 150.5 […]

Mohd Na’im puji AirAsia, dasar kru kabin berhijab langkah progresif

KUALA LUMPUR: Keputusan AirAsia membenarkan kru kabin wanita memakai hijab ketika bertugas di semua laluan penerbangan bermula tahun depan adalah langkah progresif dan amat dialu-alukan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. Beliau dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook berkata keputusan itu mencerminkan komitmen syarikat penerbangan tersebut […]

Tiong tekankan profesionalisme media di era AI dan teknologi maju

SIBU: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing menggesa pengamal media agar terus mengekalkan profesionalisme dalam melaksanakan tugas, meskipun berdepan cabaran semakin kompleks seiring perkembangan teknologi termasuk kemunculan kecerdasan buatan (AI). Beliau berkata tugas wartawan pada masa kini semakin mencabar kerana setiap kesilapan kecil boleh menimbulkan reaksi negatif daripada masyarakat, sekali gus […]

Motosikal bertembung kereta, seorang lelaki maut

NIAH: Seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an maut dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motosikal dan sebuah motokar di Lebuh Raya Pan Borneo berhampiran Rumah Robert, Batu Niah sekitar 7.40 malam tadi. Menurut Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohamad Farhan Lee Abdullah, kemalangan berlaku ketika motosikal yang ditunggang mangsa bersama seorang pembonceng lelaki berumur […]

Tingkat kesiapsiagaan hadapi musim hujan – Lee Kim Shin

MIRI: Semua agensi berkaitan digesa meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi musim hujan yang dijangka tiba dalam masa terdekat. Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, tahap kewaspadaan perlu dipertingkatkan oleh semua pihak termasuk komuniti setempat bagi memastikan tindakan pantas dapat diambil sekiranya berlaku banjir, tanah runtuh atau insiden tidak dijangka. “Reaksi yang cepat dalam tempoh emas amat […]

SEDC lakar pencapaian penting dalam pelbagai sektor sepanjang tiga tahun lepas – Pengerusi

KUCHING: Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) mencatatkan pencapaian penting dalam pelbagai sektor sepanjang tiga tahun lepas, kata Pengerusi Tan Sri Abdul Aziz Husain. Beliau berkata inisiatif tenaga boleh baharu dan hidrogen telah berkembang luas menerusi kemajuan hidrogen hijau oleh SEDC Energy Sdn Bhd serta sistem Transit Aliran Autonomi (ART) oleh Sarawak Metro Sdn Bhd, yang […]

Diplomasi fesyen ASEAN 2025 perkukuh hubungan budaya

PETALING JAYA: Diplomasi Fesyen dan Budaya ASEAN 2025 yang berlangsung semalam di New Ocean World, di sini, menjadi platform penting bagi memperkukuh hubungan budaya dan fesyen antara negara-negara ASEAN. Acara ini dianjurkan oleh Miss Malaysia Kebaya (MMK) dan Persatuan Fesyen, Peragaan dan Ratu Cantik Malaysia (MFMPA) sebagai penganjur utama, dengan kerjasama rasmi daripada Kementerian Pelancongan, […]

Bursa Malaysia dijangka bergantung kepada data minggu depan, menjelang mesyuarat FOMC

KUALA LUMPUR: Dagangan di Bursa Malaysia dijangka bergantung kepada data ekonomi minggu depan memandangkan pasaran bersedia menyesuaikan pegangan, menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (Fed) (FOMC) pada 9 hingga 10 Disember. Pengarah dan Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berkata walaupun pasaran menjangka 87 peratus kebarangkalian bagi pengurangan kadar faedah […]

Lelaki maut motosikal terbabas di Jalan Mukah-Selangau

MUKAH: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang terbabas di Kilometer 52, Jalan Mukah-Selangau, sekitar 2.40 petang semalam. Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, mangsa berusia 20 tahun, mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan Hospital Mukah. Menurutnya, hasil siasatan awal, kemalangan berlaku apabila motosikal yang ditunggang oleh mangsa […]

Bantuan katil pesakit ringankan beban dua warga emas 

BINTANGOR: Komitmen kebajikan Ahli Parlimen Sarikei, Dato’ Sri Huang Tiong Sii terus diterjemahkan melalui sumbangan dua unit katil pesakit kepada warga emas terlantar sakit di rumah. Jurucakap Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Sarikei, berkata bantuan tersebut melibatkan dua penerima, iaitu Ngindang Kasi, 90, dari Rumah Tury Retap, Sungai Baron dan Ling Hing Sing, 72, dari […]

Festival Kraf Miri 2025 promosi keunikan industri tempatan

MIRI: Festival Kraf Miri 2025, anjuran Majlis Kraf Sarawak (MKS), akan berlangsung dari 10 hingga 14 Disember ini di Pusat Kebudayaan Forum di sini, bertujuan meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan serta keunikan industri kraf tempatan. Ketua Pegawai Eksekutif MKS, Suriya Charles Buas berkata festival itu menampilkan sebanyak 90 gerai merangkumi pameran dan jualan kraf, makanan dan […]

Ringgit dijangka kukuh, diniagakan antara 4.10 hingga 4.12 berbanding dolar AS minggu depan

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka kekal stabil dan didagangkan dalam julat 4.10 hingga 4.12 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, disokong oleh jangkaan pasaran terhadap kemungkinan pengurangan kadar faedah Rizab Persekutuan AS (Fed). Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kebanyakan peniaga dan pelabur menjangkakan Fed membuat pengurangan kadar faedah sebanyak […]