SMK Kanowit kini lengkap dengan blok akademik dan kemudahan sokongan
KANOWIT: Projek Gantian 18 bilik darjah dan kemudahan lain di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kanowit bernilai RM49.9 juta berjaya disiapkan dua bulan lebih awal daripada jadual asal. Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, berkata projek yang mula dibina pada 14 Januari 2023 itu telah diserahkan sepenuhnya oleh Pasukan Projek Khas 2 Sarawak (PPK2 […]
Ribut petir, hujan lebat diramal landa beberapa negeri hingga 4.00 petang ini
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 4.00 petang ini. Menurut kenyataan MetMalaysia, cuaca buruk itu dijangka melanda seluruh negeri Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling), Perak (Hulu Perak), serta Selangor membabitkan […]
Undian Piala Dunia: Deja Vu buat Perancis, England, Mexico bertemu Afrika Selatan

WASHINGTON: Mexico akan menentang Afrika Selatan dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia 2026 pada 11 Jun di Mexico City, 16 tahun selepas kedua-dua pasukan turut bertemu dalam aksi pembukaan edisi 2010 di Afrika Selatan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa). Juara bertahan Argentina memulakan kempen menentang Algeria, manakala Perancis tidak mahu berulang kejutan seperti tahun 2002 apabila […]
Banjir diramal melanda beberapa kawasan di Sarawak pada 7 hingga 9 Disember ini
KUCHING: Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran hari ini mengeluarkan amaran banjir melibatkan beberapa bahagian di Sarawak susulan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia pada 3 Disember lalu. PRABN memaklumkan bahawa hujan berterusan yang dijangka berlaku dari 7 Disember, 1.00 pagi hingga 9 Disember, 11.00 malam […]
Cabaran kemahiran dan taktikal perkasa kecekapan anggota BBP Bintangor
BINTANGOR: Kecekapan anggota bomba diuji melalui penganjuran Cabaran Kemahiran dan Taktikal BBP Bintangor 2025 yang memberi fokus kepada pengendalian peralatan operasi secara tepat, pantas dan selamat. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata pertandingan tersebut diadakan bermula 9.00 pagi, baru-baru ini. “Pertandingan dilaksanakan di ruang bilik jentera balai dan disertai oleh enam […]
Afgan tepati janji, tampil intim dalam Retrospektif Showcase
KUALA LUMPUR: Menepati janjinya untuk tampil lebih intim dengan peminat, penyanyi popular Indonesia Afgan kembali menghangatkan Kuala Lumpur menerusi Afgan Retrospektif Showcase di Zepp Kuala Lumpur, di sini malam tadi, dengan persembahan santai yang membuatkan penonton seolah-olah berada dalam ”jam session” di ruang tamunya. Dihadiri hampir 3,000 peminat, penyanyi kelahiran Jakarta, Indonesia itu membawakan 25 lagu hit termasuk 10 […]
Festival Gastronomi Nyamai Sarawak 2025 tarik lebih 14,000 pengunjung di Kampung Budaya Sarawak
SANTUBONG: Festival Gastronomi Nyamai Sarawak 2025 kembali berlangsung di Kampung Budaya Sarawak dengan mengetengahkan keunikan makanan tradisional pelbagai etnik negeri ini, sekali gus memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai destinasi gastronomi utama negara. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri, berkata penganjuran edisi kedua di lokasi sama itu bukan sahaja menonjolkan identiti kulinari Sarawak, […]
APM Sarikei laksana operasi pembersihan pokok tumbang di Jalan Bangunan Kerajaan
SARIKEI: Lima anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sarikei digerakkan ke lokasi insiden pokok tumbang di Jalan Bangunan Kerajaan selepas menerima panggilan kecemasan, hari ini. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Leftenan (PA) Shahrol Azizi Zaidi, berkata panggilan tersebut diterima pada 9.57 pagi. “Pengadu memaklumkan pokok tumbang telah menghempap bahagian belakang sebuah rumah di Kuarters Guna Sama […]
Pelakon Mortal Kombat Cary-Hiroyuki Tagawa meninggal dunia pada usia 75 tahun
SAN FRANCISCO: Pelakon Cary-Hiroyuki Tagawa, yang meraih populariti menerusi filem seperti “Mortal Kombat’’, ‘’Pearl Harbor’’ dan ‘’The Last Emperor’’, meninggal dunia pada usia 75 tahun akibat strok, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) pada Jumaat, memetik media Amerika Syarikat (AS) dan keluarga pelakon itu. Dilahirkan di Tokyo pada 1950, Tagawa membesar terutama di AS dan mula […]
Wanita buta dibawa ke Rumah Seri Kenangan, Nancy umumkan tindakan susulan
SANTUBONG: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri, menyifatkan keadaan seorang wanita buta yang ditemui tinggal bersama mayat anaknya selama hampir enam hari di Kota Samarahan sebagai kejadian yang amat menyedihkan. Beliau berkata wanita tersebut kini selamat dibawa ke Rumah Seri Kenangan (RSK) untuk pemeriksaan dan penjagaan rapi. Menurut Nancy, wanita itu […]
Harmoni dan gaya hidup sihat warnai Pasar Tani Semula Jadi Kuching (KNFM)
KUCHING: Pekarangan tempat letak kereta berbumbung Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) pagi ini kembali meriah apabila Pasar Tani Semula Jadi Kuching (KNFM) dibuka, menampilkan deretan gerai dengan hasil segar, aroma herba semula jadi, dan pengunjung yang tidak putus-putus hadir. Menampilkan pelbagai produk organik serta keluaran tempatan, pasar tani itu menerima sambutan menggalakkan daripada orang ramai […]
Program kepolisan komuniti tingkatkan keselamatan, cegah penipuan dalam talian
JULAU: Program Kepolisan Komuniti : Bersatu Membanteras Jenayah berperanan penting dalam meningkatkan keselamatan masyarakat, mencegah penipuan dalam talian, kata Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi. Katanya, ia juga berperanan sebagai platform bagi menangani penyalahgunaan dadah dan vape atau rokok elektronik. “Program seperti ini sangat penting dalam mencegah penipuan dalam talian; menangani isu penyalahgunaan […]