JULAU: Dua anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor telah menjalankan pemantauan di lokasi tanah susur, kelmarin. Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, kejadian tersebut berlaku di hadapan Rumah Tera Dana, Nanga Langu, Entabai. “Pihak kami menerima panggilan kecemasan dari Tuai Rumah Tera Dana sekitar 12.00 tengah hari semalam (kelmarin). “Bertindak dengan panggilan kecemasan, dua anggota bomba bergegas ke lokasi bagi menjalankan pemantauan. “Setibanya di lokasi pada 1.48 petang, didapati tanah susur berlaku di hadapan rumah panjang, namun tidak menjejaskan struktur rumah. Jarak di antara tanah susur ke rumah panjang anggaran tujuh meter,” katanya ketika dihubungi pemberita, semalam. Katanya, anggota bomba memasang tali sawar-sawar berhampiran tanah susur tersebut. “Penghuni rumah panjang turut dinasihati untuk berjaga-jaga dan menghubungi pihak bomba sekiranya masih berlaku tanah susur. “Pemantauan di lokasi tanah susur selesai sepenuhnya pada 2.30 petang,” katanya. Oleh EARL ANEK
Utusan Sarawak
ROBAN: Kira-kira 18 guru serta pelajar dan kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Roban berjaya dipindahkan ke tempat...
PUTRAJAYA: Jemaah Menteri pada 13 November lepas secara prinsip menerima tawaran syarikat robotik marin Ocean Infinity untuk...
MIRI: Seorang lelaki warga Indonesia yang dikhuatiri dibaham buaya ketika sedang memancing di Sungai Asian Bridge Tol...
BOGOTA: Penggunaan telefon bimbit akan dilarang di sekolah rendah dan menengah di Brazil jika undang-undang yang diluluskan...
LONDON: Manchester City bertandang ke Aston Villa esok dengan misi kembali ke landasan kemenangan manakala Chelsea berpeluang...
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada membabitkan tiga negeri iaitu Johor...
LONDON: Liverpool menempah tiket separuh akhir Piala Liga selepas juara bertahan menewaskan Southampton 2-1 manakala Gabriel Jesus...
Oleh: Rosani Hiplee ADA ketikanya seseorang individu itu ingin bermonolog, atau bercakap dengan dirinya sendiri. Terutamanya bagi...
KUCHING: Polis mengesahkan mayat reput yang ditemui di dalam longkang di Tabuan Jaya, Ahad lalu milik Nurul...
LONDON: Pengurus Manchester United, Ruben Amorim, menegaskan hasrat untuk mengekalkan Marcus Rashford dalam skuadnya selepas penyerang itu...
WASHINGTON: Dua angkasawan Amerika Syarikat (AS) yang terkandas selama berbulan-bulan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) akan terus...