
SANTA CLARA, Amerika Syarikat: Australia layak ke peringkat kalah mati Piala Dunia sebentar tadi selepas mencatat keputusan seri 0-0 menentang Paraguay di Santa Clara, sekali gus meraih tempat kedua Kumpulan D.
Socceroos yang menewaskan Turki dalam perlawanan pembukaan sebelum tewas kepada Amerika Syarikat tidak menghadapi banyak ancaman sepanjang perlawanan tersebut dan berjaya mengutip satu mata penting untuk mara ke pusingan 32 terbaik di Stadium San Francisco Bay Area, California.

Ia merupakan kali ketiga Australia berjaya melangkah melepasi peringkat kumpulan dalam tujuh penampilan mereka di Piala Dunia.
Keputusan seri itu turut meletakkan Paraguay kekal di landasan untuk mara ke peringkat kalah mati sebagai salah satu daripada lapan pasukan tempat ketiga terbaik dalam peringkat kumpulan.

Amerika Syarikat telah pun mengesahkan tempat pertama Kumpulan D walaupun tewas 3-2 kepada Turki di Los Angeles sebentar tadi. – AFP