KUALA LUMPUR: Drama penuh debaran menghiasi pentas Calpis Soda On In A Million minggu lepas apabila peserta Rezza Shah hampir tersingkir selepas mempersembah lagu Obses.
Namun, dengan penggunaan kuasa veto oleh juri, keputusan yang mengejutkan itu memberi peluang kedua kepada Rezza untuk terus beraksi. Detik yang penuh ketegangan ini menarik perhatian ramai, memberi ruang untuknya kembali dalam persaingan.
Rezza Shah, yang berusia 22 tahun dan berasal dari Kuching, Sarawak, merupakan bekas peserta rancangan realiti TV.
Beliau mula menyanyi pada usia 8 tahun, dan ketika suaranya berubah pada usia 12 tahun, ia memaksanya untuk melatih suara dan menemui semula identiti vokalnya.
Dengan pengalaman dan dedikasinya dalam dunia muzik, Rezza terus mengasah bakatnya dalam pelbagai bidang seni.
Rezza Shah turut berkongsi tentang perasaannya pada episod pertama, “Memang, saya akui sedikit gementar apabila berhadapan dengan juri hebat seperti Ziana Zain, Datuk Yusry, dan Cakra Khan. Walaupun gementar, saya tahu saya perlu memberikan yang terbaik kerana mereka bukan calang-calang juri.
“Ketika diumumkan tersingkir, saya memang sedih tetapi saya tetap reda dengan keputusan itu. Namun, apabila diberi peluang kedua dengan imuniti, saya benar-benar terkejut. Saya tidak sangka, tetapi saya berjanji akan memanfaatkan peluang ini sebaik mungkin.”
Episod pertama CSOIAM mencatat permulaan yang penuh kejutan apabila daripada senarai 20 terpilih, hanya 14 peserta terbaik berjaya mara ke minggu kedua, melepasi enam lagi yang terpaksa mengucapkan selamat tinggal lebih awal.
Dalam persaingan yang sengit, setiap peserta tampil habis-habisan, menonjolkan vokal yang mantap dan penghayatan yang cemerlang demi membuktikan mereka layak digelar ‘satu dalam sejuta’.
Namun, impian terpaksa berakhir lebih awal buat Yusriansyah, BFORE3, BOISOVER, Iqmal Romi, Esther, dan Jill Gaisah, yang terpaksa akur dengan keputusan minggu ini.
Kejutan Demi Kejutan. Episod pertama Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) menggegarkan dunia hiburan dan mencuri perhatian dengan aura luar biasa.
CSOAIM menjadi bualan utama diseluruh negara dalam satu malam! Persembahan memukau, penuh tenaga dengan kemunculan bekas juara-juara One In A Million dari musim-musim terdahulu, kemunculan ikon legenda KRU, serta aksi hebat 20 peserta luar biasa menjadikan malam pembukaan ini sebuah peristiwa epik yang melangkaui jangkaan.
Hashtag #OIAM terus melonjak ke trending nombor 1 di platform ‘X’ dengan lebih 700 juta capaian di media sosial menjadikan CSOIAM bukan sekadar rancangan realiti tersohor, tetapi satu fenomena yang menyatukan peminat muzik tanah air.
Minggu Hadapan – Tema ‘Melodi Indah, Segar Membara’ – Lagu-lagu hit yang pernah mencuri hati suatu ketika dahulu, diberi nafas dan melodi baharu yang segar.
Mampukah peserta top 14 memukau juri dan penonton dengan X-faktor yang dinanti-nantikan? Saksikan setiap detik mendebarkan ini secara eksklusif di TV3, 9.00 malam setiap Ahad, atau strim secara HD di Tonton melalui laman sesawang rasmi di http://tonton.com.my/calpissodaOIAMTV3. Jangan lepaskan peluang menyaksikan keajaiban peserta Top 14 ini secara langsung.
Melalui laman sesawang juga, anda boleh mengundi peserta kegemaran sambil berpeluang memenangi sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000 setiap minggu.
Teruskan menonton siaran langsung CSOIAM dan bersedia untuk imbas kod QR yang dipaparkan semasa sela iklan. Jawab semua soalan dengan tepat dan pantas – siapa tahu, anda mungkin pemenang bertuah yang akan memandu pulang hadiah luar biasa ini.
Undian Untuk CSOIAM Akan Rasmi Bermula Minggu Hadapan. Jangan lepaskan peluang untuk memberikan sokongan padu kepada peserta kegemaran anda.
Keputusan mingguan akan ditentukan berdasarkan gabungan 60 peratus markah daripada juri profesional dan 40 peratus undian daripada penonton, bermula episod kedua sehingga episod kelapan.
Tambahkan impak undian anda dengan mudah! Daftar di Tonton untuk mendapatkan 10 undian percuma. Tidak cukup? Tingkatkan lagi peluang peserta pilihan anda dengan membeli Calpis di Shopee dan menebus baucar eksklusif dengan tambahan 50 undian. Pastikan anda bersedia untuk menyokong peserta kegemaran anda dengan cara yang paling berkesan. Undian anda mungkin menjadi penentu kejayaan mereka!
Jangan juga terlepas untuk merasai keterujaan sorotan eksklusif menerusi Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal yang akan bersiaran setiap Khamis hingga Sabtu, 9.00 malam bermula 26 Disember.
Ikuti @CalpisSodaOIAMTV3 di semua platform media sosial untuk perkembangan terkini dan sertai kemeriahannya. Rasai kesegaran dan nikmati keunikan rasa yang menyegarkan bersama Calpis Soda, minuman susu kultur berkarbonat pilihan anda musim ini.