Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Atlet tinju boleh berlatih
  • SUKAN

Atlet tinju boleh berlatih

Utusan Sarawak 5 years ago
PRESIDEN SABA…Dato Rahman Lariwoo.

PETINJU yang berada dalam skuad untuk menghadapi temasa Sukan Malaysia (SUKMA) XX Johor 2020 sudah boleh menjalani latihan seperti biasa.

Presiden Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA), Dato Rahman Lariwoo menegaskan, perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah selepas mempengerusikan Mesyuarat Persiapan Kontinjen Sarawak Ke Sukan Malaysia (SUKMA) XX Johor 2020 Selasa lalu.

“Semua petinju sudah boleh kembali berlatih seperti biasa, dan ia memberi kelegaan buat kita semua untuk memperhebatkan persiapan menghadapi Sukma XX Johor 2020 yang dijadual berlangsung 6 hingga 14 Mac 2021.

Menurut Dato Rahman, pihaknya masih menunggu kehadiran beberapa petinju yang masih berada di kampung halaman masing-masing sebelum dapat memulakan sesi latihan sepenuhnya.

Tegas beliau, setakat ini beberapa petinju sudah berada di kem dan menjalani latihan tetapi separuh lagi yang akan tiba dalam masa terdekat.

Skuad kali ini diperkuatkan Sembilan petinju terbaik seperti Dealoniel Mcdelon Bong (60kg) iaitu penyumbang pingat emas ketika Sukma 2018 di Perak.

Christyuden Anak Ripoh (69kg) dan Wilson Berayin Anak Sumbang (56kg) yang juga penyumbang pingat gangsa ditemasya sama dua tahun lepas.

Di samping enam petinju lain iaitu Jackson Chambai Anak Ikeh (49kg), Muhammad Syawal  Mohammad Isham (52kg), Mohd. Jamani Abdullah (64kg), Abdul Hakim Abdullah (75kg), Rais Arsyad Sulam (81kg) dan Hellary Anak Hendry (91kg).

Dalam perkembangan sama, beliau memberi jaminan tiada masalah bagi petinju, jurulatih serta pegawai terlibat mematuhi Prosedur Operasi Standart (SOP) semasa menjalani latihan sebenar kelak. “Mereka akan diberi penerangan terlebih dahulu berhubung SOP yang telah ditetapkan, rasanya tiada sebarang masalah,” tambah beliau lagi

Continue Reading

Previous: Lyon buat persiapan kunjungan ke Itali
Next: Buru juara selepas 29 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.