Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • ASB raih Anugerah Kumpulan dan individu pada Anugerah Dana Lipper 2026
  • BISNES

ASB raih Anugerah Kumpulan dan individu pada Anugerah Dana Lipper 2026

Utusan Sarawak 10 hours ago
AMANAH Saham Nasional Bhd (ASNB).

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) meraih kemenangan sulung dalam Anugerah Kumpulan dan dua Anugerah Lipper secara individu pada Anugerah Dana Lipper LSEG 2026.

Pada majlis penganugerahan itu, ASNB telah meraih Anugerah Kumpulan Mixed Assets (Provident) selain memenangi Anugerah Dana Mixed Asset MYR Balanced – Malaysia (Provident) bagi tempoh tiga tahun dan lima tahun menerusi dana ASN Imbang (Aset Campuran Seimbang) 1.

Anugerah itu diterima oleh Ketua Pegawai Pelaburan Kumpulan PNB Hanizan Hood bagi pihak ASNB.

Menurut PNB dalam kenyataan hari ini, anugerah itu mencerminkan konsistensi prestasi dana-dana itu serta keupayaan ASNB untuk memberikan pulangan terlaras risiko yang kompetitif dalam segmen dana simpanan sepanjang tempoh penilaian.

Sementara itu, Hanizan dalam kenyataan sama berkata pengiktirafan itu menekankan kepentingan disiplin dalam proses pelaburan serta konsistensi jangka panjang dalam memberikan nilai kepada pemegang unit.

“Prestasi kukuh dana-dana ASNB mercerminkan usaha berterusan di seluruh Kumpulan PNB bagi memperkukuh keupayaan pelaburan di samping menunaikan mandat kami untuk meningkatkan kekayaan ekonomi masyarakat Bumiputera dan seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Menurut PNB, Anugerah Dana Lipper LSEG ditentukan melalui metodologi kuantitatif bebas yang menilai dana dan pengurus dana merentasi tempoh tiga, lima dan 10 tahun, dengan penekanan kepada prestasi mampan berbanding dana setara. 

“Sebanyak tujuh Anugerah Kumpulan dan 93 Anugerah Individu telah disampaikan pada majlis penganugerahan 2026,” katanya.

Menurut kenyataan itu, PNB dan ASNB kekal komited untuk mengharungi landskap pelaburan yang sentiasa berkembang dengan mengekalkan perspektif jangka panjang, dipandu oleh tadbir urus kukuh, pengurusan risiko yang berhemah serta tanggungjawab bersama untuk melindungi dan mengembangkan simpanan rakyat Malaysia secara mampan. – Bernama 

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bank Rakyat umum dividen 18 peratus berjumlah RM534.7 juta bagi tahun kewangan 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.