Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Asap dari enjin, Mazda 4WD musnah terbakar di Batu Niah
  • KEBAKARAN

Asap dari enjin, Mazda 4WD musnah terbakar di Batu Niah

Utusan Sarawak 3 hours ago

MUSNAH… Sebuah pacuan empat roda (4WD) jenis Mazda musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran di KM 846.5 Lebuh Raya Pan Borneo Bintulu–Miri awal pagi tadi.

BATU NIAH: Sebuah pacuan empat roda (4WD) jenis Mazda musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran di KM 846.5 Lebuh Raya Pan Borneo Bintulu–Miri awal pagi tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah PBT II Rary Binjie, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan pada 1.55 pagi daripada orang awam.

Satu pasukan anggota telah dikerah ke lokasi pada 1.56 pagi dan tiba di lokasi 14 minit kemudian.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati keseluruhan bahagian enjin kenderaan berkenaan sedang terbakar dengan anggaran 100 peratus kemusnahan. Tiada mangsa dilaporkan terlibat.

“Pemandu memaklumkan bahawa sebelum insiden berlaku, beliau ternampak asap keluar dari ruang enjin lalu memberhentikan kenderaan di bahu jalan sebelum api mula marak,” katanya.

Tambahnya, operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran salur bantu mula sepanjang 100 kaki dengan sumber air dari tangki pam jentera.

Kebakaran berjaya dikawal pada 2.50 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 3.00 pagi.

Pasukan bomba turut melakukan pemeriksaan bagi memastikan tiada lagi sumber api yang boleh mencetuskan kebakaran berulang sebelum berangkat pulang ke balai, katanya lagi.

Sementara itu, BBP Batu Niah turut memaklumkan bahawa Sistem NG MERS 999 mengalami gangguan teknikal ketika laporan dibuat, termasuk masalah paparan kes pada aplikasi BOMBRA dan kelewatan tindak balas pada sistem kawalan.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Dua kereta musnah terbakar di Kampung Languban Merapok
Next: Kebakaran rumah dua tingkat di Batu Lintang, 50 peratus musnah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.