Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • AS tangguh tarif, Bursa Malaysia melonjak pada sesi awal
  • BISNES

AS tangguh tarif, Bursa Malaysia melonjak pada sesi awal

Utusan Sarawak 4 weeks ago
SEORANG peniaga di Bursa Saham New York (NYSE). Saham Wall Street melonjak untuk ditutup tinggi semalam, dengan kemajuan dramatik pada ketiga-tiga indeks utama apabila Presiden AS Donald Trump menangguhkan tarif baharu yang tinggi beberapa jam selepas ia berkuat kuasa. FotoAFP

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan meningkat mendadak, menjejaki prestasi semalaman pasaran Wall Street selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan penangguhan sementara tarif, kata penganalisis.

Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencatat kenaikan sebanyak 53.29 mata atau 3.81 peratus kepada 1,453.88 daripada 1,400.59 pada penutup, semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka melonjak 63.71 mata kepada 1,464.30.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 743 berbanding 54, sebanyak 180 kaunter tidak berubah, 1,389 tidak didagangkan dan 10 digantung dagangannya.

Dalam dagangan semalaman, pasaran AS seperti Dow Jones meraih 7.87 peratus kepada 40,608.45, S&P 500 naik 9.52 peratus kepada 5,456.90 manakala Nasdaq Composite menoko k 12.16 peratus kepada 17,124.97.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata ekuiti AS mencatat kenaikan terbesar selepas Trump bertindak mengumumkan penangguhan sementara tarif selama 90 hari dan menurunkan tarif timbal balas kepada asas 10 peratus, kecuali bagi China yang menyaksikan kadar itu dinaikkan kepada 125 peratus.

Bagaimanapun, beliau, berkata sentimen pasaran kekal berhati-hati terhadap pendirian China dalam perang perdagangannya dengan AS yang berlanjutan.

Di peringkat tempatan, Thong menjangkakan berlakunya pemulihan serta-merta dalam pasaran hari ini apabila pelabur menghadam petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street.

“Namun, kami menjangkakan pelabur terus berwaspada kerana keadaan tarif yang masih belum muktamad di tengah-tengah kecelaruan dasar Trump,” katanya.

Sehubungan itu, beliau, berkata indeks penanda aras itu dijangka berlegar dalam julat 1,400-1,450 hari ini.

Dalam kalangan wajaran tinggi, Maybank untung 41 sen kepada RM9.91, Public Bank meningkat 14 sen kepada RM4.23, TNB menokok 38 sen kepada RM13.20, CIMB menambah 37 sen kepada RM6.72 dan IHH Healthcare meraih 10 sen kepada RM6.81.

Bagi saham aktif, Sapura Energy meningkat setengah sen kepada empat sen, SumiSaujana naik setengah sen kepada 18.5 sen, MYEG menokok 5.5 sen kepada 81 sen, Velocity Capital meningkat dua sen kepada sembilan sen dan Nationgate meraih 18 sen kepada RM1.20.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas meningkat 441.80 mata kepada 10,785, Indeks FBMT 100 menokok 424.84 mata kepada 10,573.68 dan Indeks FBM Emas Shariah melonjak 432.66 mata kepada 10,573.68.

Indeks FBM 70 naik ketara sebanyak 757.21 mata kepada 15,139.58 manakala Indeks FBM ACE meningkat 183.61 mata kepada 4,329.87.

Prestasi sektor menyaksikan Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 705.07 mata kepada 17,609.89, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 6.65 mata kepada 138.69, Indeks Tenaga menokok 37.97 mata kepada 650.56 dan Indeks Perladangan meraih 243.87 mata kepada 7,082.96. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Malaysia alu-alukan penangguhan sementara tarif lebih tinggi AS – Tengku Zafrul
Next: Malaysia, Asia Pasifik berpotensi pacu anjakan tenaga hijau global – Fadillah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.