Malaysia, Asia Pasifik berpotensi pacu anjakan tenaga hijau global – Fadillah

Facebook
WhatsApp
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menyampaikan Asia-Pacific Outstanding Woman Leader Award kepada Pengerusi ESCAP Sustainable Business Network (ESBN), Shinta Widjaja Kamdani selepas menyampaikan ucaptama pada UN Asia-Pacific Business Forum 2025 di Hotel Corus hari ini. Turut sama, Naib Pengerusi ESCAP Sustainable Business Network (ESBN), Tan Sri Michael Yeoh (kiri) dan Pengerusi Economic Club of Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohamed Iqbal Rawther (kiri). FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Malaysia dan rantau Asia Pasifik yang luas berpotensi besar untuk muncul sebagai peneraju global dalam revolusi tenaga bersih, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata ini termasuk pengembangan tenaga boleh baharu (TBB) yang menyaksikan Malaysia di landasan untuk menjadi kuasa tenaga solar berikutan lokasi strategiknya secara geografi, limpahan cahaya matahari serta tekad politik yang kukuh.

“Ini ditambah lagi dengan potensi besar Malaysia bagi tenaga biojisim dan pembangunan tenaga hidro.

“Kejayaan pelaksanaan ladang solar terapung dan projek solar berskala besar di serata negara juga memaparkan keupayaan Malaysia dalam memanfaatkan sumber tenaga bersih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Perniagaan Asia Pasifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2025 di sini, hari ini. – Bernama