Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • AS mahu tingkat kerjasama sektor gas, aeroangkasa dengan Sarawak
  • BISNES

AS mahu tingkat kerjasama sektor gas, aeroangkasa dengan Sarawak

Utusan Sarawak 7 months ago

Abang Johari bertukar cenderamata dengan Edgard D Kagan selepas menerima kunjungan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia itu di Wisma Pelita Petra Jaya hari ini. Foto BERNAMA.

KUCHING: Amerika Syarikat (AS) berhasrat untuk memperkukuh kerjasama dengan Sarawak, khususnya dalam sektor gas luar pesisir dan aeroangkasa.

Duta AS ke Malaysia, Edgard D. Kagan berkata Sarawak memiliki potensi besar dan kepakaran dalam kedua-dua sektor itu selain mencapai kemajuan yang ketara dalam sektor tenaga boleh diperbaharui.

Perkara tersebut katanya antara yang dibincangkan dengan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam kunjungan hormat beliau ke atas Abang Johari hari ini.

“Kami sedang mencari kaedah untuk menggalakkan pelaburan AS ke Malaysia dan mempertimbangkan Sarawak sebagai pangkalan. Kami juga berbincang tentang pelbagai perkara daripada gas luar pesisir sehinggalah aerongkasa,” katanya kepada pemberita selepas kunjungan tersebut. 

Kagan turut memuji usaha Sarawak dalam mempromosikan agenda tenaga boleh diperbaharui.

“Saya sentiasa kagum dengan kepakaran dan komitmen beliau (Abang Johari) untuk mencari jalan memperluas pengeluaran tenaga bersih serta meraih manfaat daripada kemahiran dan keupayaan Sarawak dalam tenaga,” tambahnya.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Malaysia perlu perkasa pensijilan halal peranti perubatan supaya diiktiraf peringkat global
Next: Harga emas catat paras tertinggi dalam sejarah hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.