Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • AS bakal lantik presiden wanita-Trump
  • GLOBAL

AS bakal lantik presiden wanita-Trump

Utusan Sarawak 5 years ago
PRESIDEN Donald Trump

WASHINGTON: Presiden Donald Trump berkata akan ada presiden wanita di Amerika Syarikat (AS), tetapi bukan Senator California, Kamala Harris, merangkap calon naib presiden Demokrat, menurut Agensi Berita Sputnik.

“Kita akan mempunyai presiden wanita satu hari nanti – bukan (Harris),” kata Trump kepada penyokongnya di Nevada pada Ahad.

Harris, 55, wanita kulit hitam kedua memenangi kerusi Senat di AS pada 2016. Jika, Joe Biden, 77, dan calon naib presidennya menang dalam pilihan raya November nanti, Harris akan menjadi wanita pertama menjawat jawatan tertinggi dalam sejarah negara.

Pada penghujung Ogos, Harris mempertahankan tunjuk perasaan terhadap ketidakadilan kaum yang berlangsung di seluruh AS dan mengecam Trump mengenai langkah yang diambilnya untuk membendung pandemik Covid-19. – Bernama

Continue Reading

Previous: Covid-19 ragut lebih 921,600 nyawa
Next: Arab Saudi tamatkan larangan perjalanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.