Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • AS, Australia jalin kerjasama ketenteraan
  • GLOBAL

AS, Australia jalin kerjasama ketenteraan

Utusan Sarawak 5 years ago
(DARI kiri) Menteri Pertahanan Australia, Linda Reynolds, Menteri Luar Negeri dan Pertahanan Australia, Marise Payne dan Setiausaha Negara Mike Pompeo semasa persidangan di Jabatan Negara AS di Washington baru-baru ini. • Foto AFP

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dan Australia pada Selasa menyatakan akan meluaskan lagi jalinan kerjasama ketenteraan berikutan peningkatan konflik dengan China, dan menyatakan persamaan antara sekutu.

Semasa persidangan di Washington walaupun berada dalam ketegangan menghadapi wabak Covid-19, Menteri Luar Negeri dan Pertahanan Australia tetap menyatakan sokongan jelas, ke arah menyatakan sokongan ketenteraan ke atas China oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.

“Amerika Syarikat tahu ancaman yang anda dan lain hadapi. Dan Amerika Syarikat akan tetap bersama anda di dalam pakatan kukuh kami,” kata Setiausaha Negara Mike Pompeo kepada menteri Australia semasa persidangan bersama baru-baru ini.


Setiausaha Pertahanan AS, Mark Esper memuji penyertaan lima kapal perang Australia minggu lalu dalam latihan dengan kumpulan serangan kapal induk AS dan kapal pemusnah Jepun di Lautan Filipina.

“Latihan ini bukan sahaja meningkatkan interoperabiliti, tetapi ia merupakan isyarat kepada Beijing bahawa kita boleh terbang, berlayar, beroperasi ke mana sahaja di bawah undang-undang antarabangsa dan akan pertahankan hak sekutu kita,” ujar Esper.

Menteri Pertahanan Australia, Linda Reynolds menyatakan bahawa mengatakan kedua-dua negara tersebut akan menjalin hubungan perikatan merentasi beberapa kawasan pertahanan termasuk perang hipersonik, elektronik dan berasaskan ruang angkasa. 

Jalinan kerjasama tersebut akan “mengukuhkan lagi kekuatan kemampuan bersama dalam meningkatkan keselamatan wilayah sekali gus mencegah segala tingkah laku jenayah di dalam wilayah,” tambahnya lagi. – AFP

Continue Reading

Previous: Presiden Mali lantik menteri baharu
Next: Seorang maut, 17 cedera dalam letupan gas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.