Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Arsenal julang trofi EPL, akhiri kemarau 22 tahun
  • SUKAN

Arsenal julang trofi EPL, akhiri kemarau 22 tahun

Utusan Sarawak 4 hours ago

Arsenal akhirnya menamatkan kemarau 22 tahun apabila sah muncul juara Liga Perdana Inggeris selepas Manchester City seri 1-1 menentang Bournemouth. Foto AFP

LONDON: Arsenal menjuarai Liga Perdana Inggeris buat kali pertama sejak 2004 selepas Manchester City sekadar seri dengan  Bournemouth awal pagi tadi.

Pasukan kendalian Mikel Arteta itu sebelum ini menamatkan saingan di tempat kedua selama tiga musim berturut-turut.

Arsenal menamatkan penantian selama 22 tahun untuk dinobatkan sebagai juara EPL selepas City diikat 1-1 oleh Bournemouth.

Gol Eli Junior Kroupi memastikan Arsenal menjulang trofi EPL buat kali pertama sejak 2004 selepas cabaran Manchester City berakhir di Vitality Stadium. Foto AFP

City wajib menang untuk membawa perebutan kejuaraan ke hari terakhir musim, namun Bournemouth meneruskan rekod tanpa kalah kepada 17 perlawanan liga, sekali gus memastikan kelayakan ke pertandingan Eropah buat pertama kali dalam sejarah kelab itu.

Selepas tiga musim berturut-turut bergelar naib juara, skuad Arteta akhirnya berjaya menamatkan kemarau trofi selama enam tahun.

Arsenal semakin hampir kepada gelaran itu selepas menang tipis 1-0 ke atas Burnley yang sudah tersingkir pada Isnin, sekali gus melebarkan jurang kepada lima mata di depan City.

The Gunners yang menguasai sebahagian besar musim ini bangkit cemerlang selepas tewas kepada City bulan lalu dengan mencatat empat kemenangan liga berturut-turut tanpa bolos.

Pada Isnin, hanya 48 jam selepas melengkapkan kejuaraan berganda domestik menerusi kemenangan ke atas Chelsea dalam final Piala FA, City digemparkan dengan laporan meluas bahawa pengurus Pep Guardiola akan meninggalkan kelab itu selepas sedekad membimbing pasukan pada penghujung musim ini.

Kemenangan di Wembley Sabtu lalu menghadiahkan trofi ke-20 buat Guardiola sepanjang tempoh gemilangnya bersama City.

Namun beliau gagal menambah koleksi enam kejuaraan EPL apabila Aston Villa bakal bertandang ke Etihad Ahad ini dalam apa yang dijangka menjadi perlawanan terakhirnya sebagai pengurus City.

Guardiola sebelum ini memberi amaran bahawa keletihan boleh menjejaskan prestasi City ketika menentang Bournemouth yang masih memburu slot Liga Juara-Juara musim depan.

Ketika ini, Bournemouth dijamin sekurang-kurangnya tempat ketujuh dan layak ke Liga Europa.

Tempat keenam juga mungkin cukup untuk melayakkan mereka ke Liga Juara-Juara sekiranya Aston Villa menamatkan musim di tangga kelima dan memenangi final Liga Europa pada Rabu.

Penyokong City melaungkan “One more year, Guardiola” pada awal perlawanan di Stadium Vitality sebagai usaha memujuk pengendali berprofil tinggi itu kekal semusim lagi.

Namun harapan untuk melihat pemain City menghadiahkan perpisahan indah kepada Guardiola tidak kesampaian.

Antoine Semenyo sempat menjaringkan gol buat Bournemouth tetapi dibatalkan kerana ofsaid dalam aksi hambar separuh masa pertama.

Pasukan tuan rumah kemudian mendahului pada minit ke-39 apabila Eli Junior Kroupi meledak rembatan menarik ke penjuru atas gol, sekali gus mencipta rekod baharu 13 gol dalam musim debut EPL bagi pemain remaja.

Nico O’Reilly mensia-siakan peluang terbaik City sejurus babak kedua bermula apabila percubaannya diselamatkan Djordje Petrovic.

Guardiola hanya mampu melihat cabaran kejuaraan pasukannya berkubur begitu sahaja.

Selepas menewaskan Arsenal dalam aksi yang dianggap penentu kejuaraan bulan lalu, City kembali menyerahkan nasib gelaran kepada lawan mereka apabila seri 3-3 dengan Everton.

Guardiola kini dijangka meninggalkan City selepas gagal memenangi liga selama dua musim berturut-turut buat pertama kali dalam karier kejurulatihannya.

Gol penyamaan Erling Haaland pada masa kecederaan hadir terlalu lewat untuk menyelamatkan cabaran kejuaraan City.

Namun jaringan itu cukup penting buat Liverpool yang kini memiliki kelebihan tiga mata ke atas Bournemouth serta perbezaan jaringan enam gol menjelang aksi terakhir musim dalam perebutan tempat lima terbaik dan tiket Liga Juara-Juara Eropah. – AFP

Continue Reading

Previous: Malaysia Masters: Aaron-Wooi Yik atasi cabaran awal untuk mara ke pusingan kedua
Next: Lima faktor kejayaan Arsenal menjuarai Liga Perdana Inggeris

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.