Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Arab Saudi perketat akses haji, kad Nusuk jadi syarat wajib
  • NASIONAL

Arab Saudi perketat akses haji, kad Nusuk jadi syarat wajib

Utusan Sarawak 5 hours ago
ARAB Saudi perketat akses haji, kad Nusuk jadi syarat wajib. Foto Bernama

MAKKAH: Penggunaan kad Nusuk sebagai ‘pasport ibadah’ menjadi antara tumpuan utama musim haji tahun ini apabila kerajaan Arab Saudi memperketatkan penguatkuasaan peraturan sedia ada bagi memastikan kelancaran ibadah jutaan jemaah.

Kad Nusuk yang berfungsi sebagai pengenalan diri serta permit rasmi, kini menjadi syarat wajib untuk memasuki kawasan suci termasuk Masjidil Haram, selain digunakan di pelbagai kawasan pemeriksaan yang dikawal rapi oleh pihak berkuasa.

Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir berkata, penguatkuasaan ketat itu bukanlah sesuatu yang baharu, sebaliknya kesinambungan daripada peraturan sedia ada yang kini dilaksanakan secara lebih tegas.

“Seperti biasa, setiap tahun akan ada penambahbaikan dari segi peraturan, namun kali ini penguatkuasaan dibuat lebih ketat termasuk penggunaan aplikasi dan kad Nusuk sebagai kelulusan untuk memasuki Makkah dan Masjidil Haram,” katanya.

Tengku Mohd Dzaraif berkata, pemeriksaan dilakukan secara menyeluruh termasuk melalui imbasan kad di pusat pemeriksaan serta operasi di hotel dan penginapan bagi memastikan hanya jemaah yang memiliki permit sah dibenarkan berada di Tanah Suci. 

Beliau berkata, langkah itu penting bagi mengawal jumlah jemaah yang berpotensi mencecah lebih dua juta orang sekiranya tidak dikawal, sekali gus boleh menjejaskan keselamatan dan keselesaan ibadah.

“Ini adalah tanggungjawab kerajaan Arab Saudi sebagai penjaga dua masjid besar di Tanah Suci untuk memastikan pengurusan haji berjalan lancar,” katanya.

Pada masa sama, Lembaga Tabung Haji terus memainkan peranan penting dalam memastikan jemaah Malaysia sentiasa dimaklumkan mengenai peraturan terkini melalui taklimat berterusan.

Tinjauan Bernama menunjukkan suasana di Makkah kini lebih teratur susulan kawalan ketat terhadap jemaah tanpa permit, sekali gus mencerminkan keutamaan pihak berkuasa terhadap keselamatan dan pengurusan yang efisien, di samping mengurangkan kesesakan agar jemaah dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadah. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong – PM Anwar
Next: Dakwaan simpan duit songlap di Afrika fitnah, sila kemuka bukti – PM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.