Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Arab Saudi kuat kuasa permit masuk Makkah bermula 23 April untuk musim haji
  • GLOBAL

Arab Saudi kuat kuasa permit masuk Makkah bermula 23 April untuk musim haji

Utusan Sarawak 3 weeks ago
MANA-mana individu yang tidak mempunyai permit tidak akan dibenarkan melepasi sekatan keselamatan menuju ke kota suci itu.

RIYADH: Direktorat Am Keselamatan Awam Arab Saudi mengumumkan pelaksanaan urusan dan prosedur haji akan dikuat kuasa pada Rabu (23 April), mewajibkan semua yang ingin memasuki Makkah untuk mendapatkan permit masuk yang sah, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Mana-mana individu yang tidak mempunyai permit tidak akan dibenarkan melepasi sekatan keselamatan menuju ke kota suci itu.

Pihak berkuasa menegaskan bahawa aturan dan prosedur Haji bagi tahun 1446 Hijrah akan dikuatkuasakan dengan ketat.

Kenderaan dan penduduk yang tidak memiliki permit kerja di kawasan suci, kad pengenalan penduduk Makkah, atau permit Haji rasmi dari negara asal akan diarahkan berpatah balik.

Menurut Direktorat Keselamatan Awam, permit masuk ke Makkah bagi mereka yang bekerja semasa musim Haji akan dikeluarkan secara elektronik melalui platform ‘Absher Individuals’ dan ‘Portal Muqeem’, menerusi integrasi dengan platform digital bersepadu bagi pengeluaran permit Haji. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Sophie ‘ceroboh’ Rumah Putih, tarik perhatian media
Next: Arab Saudi ingatkan jangan tunai haji tanpa permit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.