Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Arab Saudi bangkit atasi Indonesia 3-2
  • SUKAN

Arab Saudi bangkit atasi Indonesia 3-2

Utusan Sarawak 2 days ago

Pemain Arab Saudi meraikan gol ketiga yang dijaringkan oleh Firas Al Buraikan. Foto AFP

JEDDAH: Pasukan Arab Saudi, yang telah enam kali beraksi di Piala Dunia, terpaksa bangkit daripada ketinggalan untuk membuka kempen play-off ke Piala Dunia 2026 dengan kemenangan 3-2 ke atas Indonesia, manakala tuan rumah Piala Dunia 2022, Qatar, sekadar seri menentang Oman.

Arab Saudi, pilihan utama untuk layak dari Kumpulan B kerana kelebihan bermain di laman sendiri, bermula dengan buruk di King Abdullah Sports City di Jeddah apabila Hassan Al Tambakti didakwa menghalang tandukan jarak dekat Jay Idzes menggunakan tangan di dalam kotak penalti.

Selepas semakan VAR yang panjang, Indonesia dianugerahkan sepakan penalti dan pemain tengah Kevin Diks tenang menyempurnakannya untuk memberikan pasukannya kelebihan 1-0 pada minit ke-11.

Indonesia, yang kini dibimbing bekas penyerang Belanda dan Barcelona, Patrick Kluivert, sedang berusaha untuk layak ke Piala Dunia pertama sejak merdeka dari Belanda pada 1945.

Namun, kelebihan itu hanya bertahan enam minit.

Melakukan penampilan sulung kompetitif di peringkat antarabangsa, Saleh Abu Shamat meledak gol cantik melalui sepakan kaki kiri dari luar kotak penalti yang menewaskan penjaga gol Maarten Paes.

Tidak lama selepas itu, pemain tengah Al Ahli itu hampir menggandakan jaringan apabila rembatannya dari jarak jauh terkena palang gol Indonesia.

Pada minit ke-36, Arab Saudi melengkapkan kebangkitan selepas Yakob Sayurimenjatuhkan penyerang Al Ahli, Feras Al Buraikan, di dalam kotak penalti. 

Selepas semakan VAR yang panjang, pemenang Liga Juara-Juara Asia 2025itu menyempurnakan sepakan penalti dengan rembatan padu ke arah gawang, menewaskan Paes.

Pada separuh masa kedua, Paes melakukan aksi menyelamat cemerlang menafikan tandukan jarak dekat Al Buraikan, namun pemain itu akhirnya menyambar peluang kedua untuk menjaringkan gol ketiga Arab Saudi selepas sejam permainan, menjadikan kedudukan 3-1.

Indonesia kembali diberi harapan beberapa minit sebelum tamat perlawanan apabila Nawaf Bu Washl tertampan bola menggunakan tangan di dalam kawasan penalti, dan Diks sekali lagi menyempurnakan sepakan penalti untuk menjadikan kedudukan 3-2.

Berlaku insiden tegang apabila pemain gantian Mohammed Kanno dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua kerana membantah keputusan pengadil.

Walaupun begitu, Arab Saudi berjaya bertahan hingga tamat permainan untuk menduduki tangga teratas Kumpulan B. 

Mereka akan menentang Iraq di laman sendiri pada Selasa depan, manakala Indonesia akan berdepan Iraq pada Sabtu ini.

Dengan enam pasukan bersaing dalam dua kumpulan selama seminggu, juara setiap kumpulan akan layak ke kejohanan utama tahun depan di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

Naib juara setiap kumpulan pula akan bertemu dalam perlawanan timbal balik bulan depan, dan pemenangnya akan mara ke pusingan play-off antara benua.

Terdahulu pada Rabu, dalam Kumpulan A, Qatar gagal mencari jalan menembusi benteng Oman di Stadium Jassim Bin Hamad, Doha.

Pasukan bimbingan Julen Lopetegui hanya mencipta beberapa peluang melalui dua kali Pemain Terbaik Asia, Akram Afif.

Keputusan itu memberikan kelebihan kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE), yang akan menentang Oman pada Sabtu sebelum berdepan Qatar tiga hari kemudian. – AFP

Continue Reading

Previous: Dua gol Salah bantu Mesir layak ke Piala Dunia 2026
Next: Cristiano Ronaldo muncul pemain bola sepak pertama bergelar bilionair

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.